sejak relationship aku goyang sehinggalah aku bertukar status kepada 'available', aku rasa macam banyak betul benda-benda sekeliling aku yang betray aku. bagaikan tak merestui proses transformasi aku menjadi seorang lone ranger. paling ketara, kereta yang selalu aku redah ke sana sini.
kereta second hand bekas kepunyaan kakak aku, yang bertajuk binatang, yang kecil-kecil, yang spoilernya aku tak tau mana menghilang, yang pintunya macam nak tercabut kalau dipandu laju-laju, yang aku malas nak cuci itu, kerap kali menunjuk perasaan dengan membuat perangai-perangai babi di tengah jalan.
aku perasan perangainya menjadi-jadi sejak aku dan kereta itu berjauhan dengan seorang gadis elektrik yang comel. sejak aku menumpang tiga bulan di seri kembangan. sejak gadis comel itu jarang-jarang melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah pemandu, sampailah gadis itu hilang dari genggaman kuku besi aku.
serius, selama gadis itu menjadi penumpang setia kereta taraf rendah itu, tak pernah sekali pun kereta itu buat perangai. sekali pun tak pernah.
tapi, sejak dia berjauhan dengan kereta itu, sejak sekian lama tak menjadi penumpang setia lagi, macam-macam kerenah. mogok tak tentu pasal.
dengan drive shaft nak patah, radiator masalah, hos bocor, minyak hitam leaking, sport rim bengkok, alignment lari, sistem belting masalah, spoiler tanggal, clutch plate masalah, head lamp terbakar, sistem brake jadi macam sial. sampai aku tak boleh nak recall dah apa masalahnya lagi.
dalam masa tiga bulan sejak gadis itu jarang menjadi penumpang setia, sehinggalah gadis itu berhenti terus jadi penumpang setia, dekat seribu setengah ringgit berhabis buat baiki mana patut. memang cari gaduh.
aku rasa, kereta tu lagi ngam la dengan gadis tu berbanding aku. kurang ajar betul. nak gadis cantik je yang duduk dalam. lelaki gasar macam aku ni kau tolak tepi.
habis cerita pasal kereta.
semalam pulak, tengah sibuk layan perasaan dengar lagu 'stop crying your heart out', aku capai gitar tong jenama kapok. tengah nak strum ikut lagu tu, eh, babi apa tali nombor satu putus. memang tak nak bagi aku peluang langsung nak menghiburkan hati.
lepas tu baru aku teringat, aku beli gitar tu bersama-sama dengan gadis pujaan ramai itu. dan aku pernah petik gitar tu mainkan lagu depan dia kat tepi sebuah pantai barat yang tak cantik, panas terik dan tak ada angin langsung masa tu. macam yang aku pernah cerita dulu.
patut la gitar tu pun nak bersekongkol khianat aku. perangai macam manchester united.
aaa lepas tu, aku tak tau macam mana nak buat ayat penutup untuk cerita ni.
sekian.
14 comments:
rindukan nad ek? :)
gadis pujaan ramai. tabley blah siot. HAHA
eva: dalam cerita ni kereta tu laa yang rindu. haha
nad: not just a compliment. it's a FACT. hehe
aku ase honda integra aku pn rindu kt nad..hlg sbb cari rmh nad xjmpe
mana ada. kau jangan buat cerita. hehehe
eh eh..awattrase nadira?xmalu
..hahah
p/s:sayaanonymosdiatas
nep aku rasa nad respon kat komen aku laa, bukan kat 'anonymous' tu. hahaha.. betul tak nad?
apasal tiba tiba kutuk manchester. cis kek. -.-'
ayob: ye, betul.
anep: aku tau 'nad' yang kau maksudkan bukan aku. aku tak seperasan yang kau sangka. aku sedar ke diri nep.
hehe..aku bru nk belaja melacur ni yob n nadira..haha
nad: mana ada aku buat cerita. fakta tu kot.
zarin: mana kutuk. dah habis puji dah tu.
anep: aku tak tau nep. nad dah merajuk dengan kau. aku tak campur.
nad:deeply from my hart..sori..aku xde niat
cool..manchester kan ada.
Post a Comment