Tuesday, November 30, 2010

nadira jhs, nadira musuh power rangers, jonny greenwood, johnny depp, and i

Ahad, 21 november 2010.

Genap 6 tahun lepas, juga pada hari Ahad, adalah hari yang mana aku seperti segelintir budak-budak lelaki yang sudah akil baligh, telah mengambil keputusan menamatkan zaman single (bukan bujang) dengan bercinta dengan Nadira Johari Halim Shah, bukan Nadira musuh Power Rangers yang berambut pink.

Rasanya tak lari akidah kalau menyambut tarikh tu sebagai tarikh special ye dak? Jadi, tahun ini dah masuk kali keenam lah. Memandangkan tak ada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang kami anjurkan sesama sendiri untuk tahun yang lepas-lepas, jadi tahun ni adalah sikit aktiviti kecil-kecilan, iaitu berpiknik tepi pantai bawak tikar dengan sandwich stail famili-famili.

Sebagai hadiah ulangtahun, Nadira Johari Halim Shah, bukan Nadira musuh Power Rangers telah menghadiahkan aku sekeping home-made card yang tersangat phenomenal, atau dengan kata lain dia, outstanding. Takpun terrific. Er.. senang cakap, cantik sangat sangat sangat lah!

Sebagai insan yang tak punya apa, tak pula ada bakat membuat home-made card, bahkan memilih kad cantik kat kedai pun failed, aku tak mampu memberi apa-apa yang setanding dengan kad yang outstanding itu. Cuma dendangan tak bertenaga lagu "I'm Yours" yang failed, walaupun setelah berlatih semalaman sampai insomnia. (orang jawa kalau nyanyi lagu jason mraz yang jenis pronounce laju macam lahanat tu paham-paham je lah macam mana hasil dia)

Ini bukan karangan jenis laporan lawatan sambil belajar. Jadi, tak perlulah nak bagitau tentatif-tentatifnya kan. Orang cakap, pictures tell a thousand words, ye dak?


picnic set-up. dalam tupperware ada sandwich nad yang buat. rasanya sedap macam rasa sandwich.


inilah kad yang terrific itteww... cantik kan?


badan besar tak semestinya tak boleh jiwang, ye dak?


ini nadira johari halim shah, bukan nadira musuh power rangers.


ini nadira musuh power rangers, bukan nadira johari halim shah.


ini gambar aku, bukan gambar jonny depp.


dah senja baru berambus.


spot the difference 1: perhatikan kedua-dua gambar. walaupun nampak serupa namun tidak sama, terutamanya logo honda itu.


spot the difference 2: walaupun gua tak power macam jonny greenwood, tapi gua bangga sebab gua ada telecaster sepesen dengan dia punya. hihi.


spot the difference 3: gua juga bangga sebab gua berkongsi pesen gitar karan yang sama macam pakcik johnny depp.


p/s: dua gambar terakhir itu tak ada kaitan dengan piknik. cuma nak menyatakan bahawa aku dengan jonny greenwood dan johnny depp mungkin ada chemistry. terima kasih.

foto piknik: nadira musuh power rangers.

5 comments:

nad said...

terima kasih untuk dendangan I'm Yours yang tak bertenaga itu. hahahaha

Akmal Hakim said...

haha..sangat romantik..

hanif said...

ayob so swip :)

fatyn said...

ok, baru kali ni berkesempatan lah aku nk tibai gelak bertubi-tubi setelah bce entri ni utk kali yg ketama. macik bizi okeh. kau jgn tak tahu nadira bukan musuh power rangers tu tak tido seharian buat card utk kau. dan kau ape kena mengena pulak takde chemsitry lgsg dgn johnny depp and johnny greenwood as well. dorg takde ic kaler biru. pandai ckp jawa pon tidak seperti engkau yg dr jauh suda nmpk jawanya.dan ah pedulik apa aku dgn logo honda sticker beli kt jeyhan tu. haha. ok bai.

Anonymous said...

Wew kamu ngata-ngatain kekasih kamu terus padahal dia udah susah2 bikin gift yang unik. Dari awal malah kesannya kayak ngeledek. Hehe. But I like this post anyway, natural, meski tadi saya baca kamu kayak ngeledek orang Jawa ya?!
(Note: I'm NOT Javanese, I'm Sundanese)
Betewe udah nikah belum sih?!
Aku lumayan ngerti bahasa kamu tapi rada bingung kamu dengan Nadira itu dah married apa masih pacaran.

Salam.