Wednesday, March 30, 2011

hai semua!

assalamualaikum dan hai kawan-kawan.

tak lama lagi gua akan tampil bergaya dengan projek baru.

sekian.

oh, lupa. doakan kejayaan gua!

sekian.


p/s: bukan projek sarjana muda!

Tuesday, March 29, 2011

mengawan

getting jaded day by day.
digging deep, deep shores of reality.

when everything else fail,
turn the other side.

...

musim mengawan sudah tamat.





that is life.
it's not the end of the world.

Monday, March 28, 2011

belanda

gua rasa blog gua dah jadi macam sial. emosi gua memang tengah dalam keadaan fatal injury. gua memerlukan satu life machine untuk terus survive.

dalam bulan depan gua nak bercuti kat belanda, lepas tu terus lepak puerto rico dalam dua tiga minggu.

jadi tolong mintak kat gua nombor akaun maybank gua (untuk bank-in sedekah), melalui email gua;

ayobwahid87[at]gmail[dot]com

kalau nak bagi gua cash, boleh jumpa gua kat area batu pahat.

terima kasih.

Saturday, March 26, 2011

mimpi

shit. why do i keep waiting for her reply every time i text her?

dammit.

...

malam ni gua nak jumpa lagi perempuan dalam mimpi semalam yang gua belum tau lagi namanya tu.

tolong la..

tolong la hiburkan hati gua walau dalam mimpi.

gadis rahsia

di waktu aku sunyi, datang seorang perempuan kepada aku. datang dari keluarga berada. adik-beradiknya semua perempuan. berbaju kurung, bertudung litup. manis mukanya. baik bahasanya, tinggi pekertinya.

walaupun datang dari keluarga berada, dia tetap tak kisah menumpang kereta perodua kancil second hand yang selalu aku bawa ke sana sini. yang spoilernya sudah tertanggal entah ke mana. yang sudah berbulan tidak berbasuh. yang busuk dengan bau rokok. tapi dia tak mengeluh sikit pun.

aku tak ingat ke mana aku bawanya dengan kereta buruk itu. yang pasti, tersalah jalan, terlajak simpang, termasuk jalan yang menyongsang arus, macam yang selalu aku buat. tapi perempuan itu tak sedikit pun mengeluh.

akhirnya, sampailah ke destinasi yang dituju. tempat perempuan itu berjanji bertemu saudara-saudaranya. dia mengucapkan terima kasih, dan berlalu pergi.

dia teman baru aku.

tapi aku belum tahu namanya.

...

aku tersedar dari tidur. dan mengeluh.

harap aku dapat jumpa dia lagi malam ni supaya boleh aku tanya namanya.

selamat malam

ok, gua dah setel sedut asap busuk rokok harga pertengahan. tapi gua tak jadi keluar rumah. gelap. gua takut. gua hisap dalam bilik. gua selak langsir. gua bukak tingkap. gua sedut. gua hembus. gua sedut. gua hembus. habuk gua ketis dalam bekas puding.

dalam kepala gua ada dia.

...

gua bukak folder musik. gua cari folder oag. gua main semua lagu dalam itu folder. banyak lagu daripada album oag.comp. itu tajuk album kaset yang gua bagi kat dia enam tahun lepas. benda pertama gua hadiahkan kat dia sebagai hadiah hari lahir. yang ke-17.

gua layan.

dalam kepala gua ada dia.

...

lepas ni gua nak baring. gua nak baca doa tidur. gua nak pejam mata. gua nak mimpi manis.

ok, gua nak tidur.

selamat malam, sayang.

kassim bawal

akhirnya gua akur kepada amukan perut gua yang keperitan akibat tidak menjamah walau sebutir nasi pun ini hari. bahkan, selembar benang pun gua tak jamah lagi.

gua berjalan ke dapur mencari rezeki. gua buka tudung saji. gua makan saki baki burger yang gua belikan adik gua sebelum sampai rumah tadi.

gua basuh tangan. gua minum air kosong. gua jalan balik ke bilik tidur. gua buka blog. gua tulis blog.

gua dah macam kassim bawal orang gila paling masyhur dalam area parit raja.


dalam kepala gua ada dia.

...

lepas ni, gua nak buka pintu depan pelan-pelan tak nak bagi ada bunyi. gua bawak winston merah gambar kaki gangren yang gua dah takde rasa geli nak tengok. gua keluar pergi beranda. gua lepak tepi pokok bunga kat kaki lima beranda. gua nak sedut asap banyak-banyak.

kalau ngantuk, gua nak terus tidur situ.

gua dah rasa nak jadi macam kassim bawal bakal ahli syurga paling masyhur dalam area parit raja.


dalam kepala gua ada dia.


apa nak jadi la gua ni.

ok computer

"haih nak jadi apa la kau ni baju banyak-banyak macam ni. dah banyak macam ni pun pegi beli lagi kat bundle. dah la! tak payah beli-beli lagi kat bundle dah lepas ni. baju-baju yang tak pakai bagi mak, buat lap lantai,"

sergah mak gua separa membebel sambil membawa beberapa lipatan kain baju gua yang baru dilipat untuk ditompok ke tingkat paling atas rak baju gua yang mengandungi baju-baju bundle yang gua start beli sejak darjah lima.

"ok,"

jawab gua, simple tapi padu.


kat kepala gua ada nadira.

gua

gua tak nak yang lebih baik.

gua nak nad jugak.

haih.

apa nak jadi la gua ni.

Thursday, March 24, 2011

Elenore

Elenore gee i think i swell
and you really do me well
you're my pride and joy etcetera
Elenore can i take the time?
to ask you to speak your mind

TELL ME THAT YOU LOVE ME BETTER!

Elenore

figura malaya

wahai dindaku mana mungkin aku memadukan dirimu
semata hanya untuk ku memuaskan..
..nafsu

figura malaya

wired

i better stop telling you about what is going on
'cause you will never understand
so all i've got to do is just stop..
..singing

wired.

creepy crawlies

i felt so happy today
when i knew that you are coming to stay yeah yeah
with a happy shiny smile
heading to McD that sell us junk food no no
then i felt so bored today
when i knew that you are going away no no
with a mourn mourn soul
heading to the bar that sell us mugs of drinks, sell us jugs of drinks
yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah !

creepy crawlies.

Tuesday, March 22, 2011

telefon selular

waktu menunjukkan tepat jam 2.00 pagi di batu pahat, bersamaan jam 11.00 malam di karachi dan 8.00 malam di istanbul.

telefon selular keluaran sekitar tahun 2004 kepunyaan aku tak berbunyi sejak jam 9.00 malam tadi, waktu batu pahat. satu keadaan yang aku anggap paranormal sejak aku bergiat dalam bidang penggunaan telefon selular secara serius selama lebih kurang 6 tahun lepas.

aku capai telefon selular yang pecah skrinnya itu dengan satu perancangan yang teliti - menaip sesuatu dalam format sistem pesanan ringkas, seterusnya menghantar teks ringkas itu kepada seseorang, lantas mengakibatkan telefon selular perempuan itu berbunyi, kesan daripada aktiviti penghantaran teks ringkas oleh aku.

setelah melalui beberapa saat perasaan gementar melampau, aku cekalkan hati dan menaip;

"nite!" - dalam hati.

rancangan gagal.

...

2.20 pagi.

"ting tong!"

satu teks ringkas aku terima dari dia.

"yahu!" jerit aku dalam hati sambil membayangkan aku sedang melompat kegembiraan. aku malas nak lompat betul-betul sebab mengantuk.

"kenapa delete fb?" kata teks ringkas itu.

...

aku tak cukup kuat.

Monday, March 21, 2011

pulih

dah gua tak nak sedih-sedih lagi. sedih-sedih sangat ni syaitan punya kerja. apahal nak ikut cakap syaitan pulak ye dak? bebal kan gua?

terima kasih Tuhan kerana sentiasa ada di sisi hamba-Mu yang hina ini.

yok sama-sama!

Allahu Akbar!!

Wednesday, March 9, 2011

good oldies

bullied by seniors; got caught sneaking out; chased by a black dog in a dark night; punished by wardens; suspended from school; chased by a guard for sneaking into school meeting room to watch some porns; got injured playing rugby; failed in physics, biology, chemicals and add maths; fucked up in 'kem hijrah'; wins and loses in rugby tournaments; hated by some teachers; listened some shit musics; had a crush on a girl then got rejected; love letters; got some secret admirers; smoked for the first time; learnt playing guitar; slept in classes; cheated in exams; watched porns in the teachers' office in the night; got some medals from long distance races; captained a sport house; stole a telly from canteen, and a dvd player from school meeting room; sneaked into empty girls' hostel; smoked in an empty class in the night, accidentally set the class on fire; had camping trips with classmates; got straight A's in PMR; played some shit football in the evening; etcetera..

oh, and blind-dated a cute, charming, sweet sweet girl!

...

gone are those days.