Monday, June 28, 2010

judi

Semalam, punyalah gumbira akibat England bungkus, balik-balik je lepas tengok game tu aku terus eksaited nak menulis entri pasal orang-orang tua overpaid yang kalah besar tu. Entri yang sebelum entri ini lah. Yang ada siap ada prediction Argentina vs Mexico tu.

Jam 2.30 pagi, walaupun letih memandu dari Klang belum hilang lagi, ditambah pening kepala macam nak muntah, siap dengan mengantuk sampai berpinar-pinar mata, aku gagahkan diri tercanguk depan tv1 yang tak berapa clear untuk menonton game Argentina vs Mexico. Macam biasa, macam dah kena badi, Messi susah betul nak score. Dapat assist pun jadi la. Separuh masa pertama habis dengan Argentina leading 2-0.

Punyalah mengantuk aku tunggu sampai second half start. Sedaya upaya aku tahan mengantuk, akhirnya aku kecundang. Sedar-sedar je lagi 2 minit game habis. Aku tengok score sheet, nampak kabur. Aku gosok-gosok mata. Mak aih, betul-betul macam aku predict dua jam sebelum game.

So, ada siapa-siapa yang rasa nak berjudi? Tak banyak aku mintak, dalam 25% komisen menang judi pun jadi la.

****

Untuk game malam ni, aku tak berani nak sangat nak buat prediction. Lagipun, benda-benda kebetulan ni tak boleh percaya sangat. Tahyul semua tu. Dia takkan menjadi tiap-tiap kali, ye dak? Tapi memandangkan brader haikal suggest aku buat prediction, jadi aku predict Holland pergi quarter-final dengan score 2-0. Untuk game Brazil vs Chile, aku tak pasti. Chile boleh bagi upset sama Brazil. Alexis Sanchez tu jangan dipandang rendah. Mungkin game akan diheret ke masa tambahan. Mungkin la kan. Brazil 2-1 Chile. Jangan percaya sangat.


p/s: Musim world cup buat aku nak update pasal world cup je hari-hari. Lantak lah.

cry your heart out, Englishmen!

26 Jun, 'Round of 16' bermula, hari yang sama kakak aku selamat melahirkan anak sulung yang berjantina lelaki, bersamaan dengan tarikh hari lahir beliau yang ke 26. Tahniah kepada beliau.

Game yang pertama, Uruguay vs South Korea. Prediction aku ialah kemenangan untuk Uruguay dengan Diego Forlan terlibat dalam menjaringkan gol. Keputusannya, Luiz Suarez dua gol. Forlan assist satu. Mungkin kebetulan.

Game USA vs Ghana aku tak predict apa-apa. Lagipun aku tak tengok sebab tidur. Jadi, quarter-final, Ghana vs Uruguay, aku support Uruguay.

Hari ni, Germany vs England. Satu pertembungan klasik. Rivalry yang sangat kuat antara dua lahanat ini menyebabkan aku terlalu eager untuk menonton game tersebut. Sehari sebelum England vs Slovenia, mimpi aku bahawa England menang 1-0 menjadi kenyataan. Itu juga mungkin kebetulan. Hari ini ;

"Germany 5, England 1, Mesut Ozil is number 1," komen aku pada wall facebook Labi. (berdasarkan pada lagu 'England 5 Germany 1' oleh The Business)

"Lu mimpi lagi ke apa? keh keh keh," balas Labi dengan nada menganjing mungkin.

"Gua baru dapat anak buah, jadi mulut gua akan jadi semakin masin," balas aku sedikit bongkak.

Ya, betul tu saudara saudari, kebetulan sekali lagi berpihak pada saya. Tapi kena ubah sikit lirik lagu tu jadi "Germany 4, England 1, Thomas Muller is number 1!"

Those Englishmen are a bunch of overpaid losers. Rooney is world-class? World-class my arse. You're not in the same league with Leo Messi, rudeboy. Kalaulah aku bet semua game start dari lepas mimpi hari tu, tentu dah kaya. Mujur judi itu harem.

"We laughed at France. Now look at us," kata-kata hikmah oleh Alan Shearer selepas game England vs Algeria. Sekarang pun boleh pakai apa.

So long, England!

****

Apa-apa hal, Argentina vs Mexico aku predict sebagai satu game yang agak sengit. Dua-dua team aku support, tapi memandangkan aku support Argentina sejak zaman sekolah, prediction aku ialah Argentina 3-1 Mexico. Kita tengok siapa yang kena!

'Last stop: Glory!' - Argentina National Team

Thursday, June 24, 2010

Argentina 2 - 1 England

Dah seminggu aku selesema. Semalam pun sama. Akibatnya, aku terpaksa makan ubat selesema yang mengantuk nak mampus. Memandangkan 2.30 pagi semalam Argentina main, aku postpone dulu makan ubat selesema takut tak terbangun tengok Kun Aguero beraction. Malam sebelumnya aku makan ubat jam 12.30 malam. Pukul 9.30 pagi baru tersedar. Sebab tu aku postpone.

Jadi, malam semalam aku pun get ready dengan air kuat biar bagi segar sikit mata. Namun begitu, baru pukul 1 pagi mata aku dah berpinar-pinar akibat terlampau mengantuk. Langsung tak berkesan air kuat tu. Mujur masa tu tiba-tiba rasa nak berak. Lepas berak baru mata segar bugar.

Bapak aku adalah seorang penganut fahaman sosialisme tegar walaupun dia tak perasan. Oleh sebab itu, rumah aku takkan ada astro sampai bila-bila. Jadi, aku terpaksa guna internet untuk tengok bola yang tak keluar tv1. Kalau musim EPL biasanya guna sopcast. Tapi entah kenapa musim World Cup ni sopcast semua offline. Jadi aku terpaksa buat-buat faham apa yang pengulas merepek dalam channel arab.

Tepat jam 2.30 pagi, aku terpacak depan laptop sambil dengar pak arab mengulas. Air kosong dengan pil selesema dah standby atas meja. Lepas habis game je aku ingat nak terus telan, lepas tu terus jalan. Dengar pak arab tu mengulas, ada juga perkataan yang aku faham. Antaranya macam, "Messi, ila Aguero, ila Veron, ila Messi." Itu je yang aku faham. Yang lain haram.

Habis first half, goalless draw pulak. Takpe banyak masa lagi. Mata masih segar lagi, tak perlu risau. Aku pergi kencing-kencing kejap, baca-baca football rumours kejap sementara tunggu game restart.

Pagi itu, hati aku berbunga sebab Argentina menang 2-0. Itu pun lepas aku tengok scoreboard kat livescore. Pundek. Macam mana aku boleh tertidur?

****

Malam itu, aku mimpi sesuatu yang aku tak suka. Tapi aku tak percaya pada mimpi. Tapi lepas tengok England vs Slovenia tadi, aku terfikir, jarang betul mimpi aku jadi kenyataan. Serius aku mimpi England menang 1-0, Defoe pulak tu yang score! Apa semua ni?

Monday, June 21, 2010

bapak

Kadang-kadang aku pelik. Bukan. Selalu.

Tiap kali aku rasa nak update blog, mesti aku langsung tak tau nak taip apa. kadang-kadang, aku dah siap taip panjang-panjang, aku delete semua, Tapi itu bukan masalahnya. Masalahnya, waktu-waktu aku jauh dengan komputer, contohnya masa tengah senam, atau tengah dalam kebun mengerjakan ibadah menyawit, dalam kepala aku macam-macam benda aku karang untuk ditaip semula dalam blog. Lepas tu, bukak komputer, bukak blog, tekan new post, kosong. Last-last bukak the sun baca transfer rumours. Tak pun bukak mangastream baca Bleach.

Sekarang ni pun sama. Apa-apa hal, selamat hari bapa kepada segala jenis bapa termasuklah bapa kemerdekaan, bapa pembangunan, dan bapa ayam. Diselangi dengan ucapan 'semoga Argentina champion ini tahun'.

"Better to die standing, than to live on your knees." - El Che

Thursday, June 10, 2010

World Cup

World Cup yang disambut 4 tahun sekali datang lagi. World Cup pertama yang aku ingat adalah France '98. USA '94 aku langsung tak ingat walaupun aku dah darjah satu masa tu. Sejak itu, aku support Argentina memandangkan Malaysia tak layak. Kalau Argentina tak pergi jauh sampai final, aku akan support team lain yang akan menentang England dan Itali. Kalau Itali lawan England, aku support Palestine. Walaupun aku support Argentina, aku tak pernah beli jersi dia, sama ada yang betul atau yang tipu. Sebab jersi Argentina tak cantik. Aku cuma ada jersi Russia Euro 2008 je. Lagipun sejak kecik aku tak pernah pakai jersi sebab tak best.

Baju kain jersi pertama yang aku pakai adalah pada tahun 2001 iaitu semasa join team ragbi tingkatan dua (SMSJ C) masuk kejohanan daerah Kluang U-15. Jersi buruk kaler hitam yang vintage. Itu adalah kali terakhir jersi itu dipakai (dipercayai selalu digunakan sejak sekitar tahun 80-an). Memandangkan kami team C yang baru dibentuk beberapa minggu dan hanya dilatih oleh 4 orang senior (Mantut, Kuda, Baba & Kayot), kami diberikan jersi paling buruk dan tiada sebarang harapan disandarkan atas bahu kami. Hasilnya, kami mara ke peringkat separuh akhir sebelum dititik 71-0 oleh SMSJ A. Bagaimanapun, kami berjaya mendapat tempat ke-3 setelah menewaskan Sekolah Tinggi Kluang B dalam perlawanan tempat ke-3 dan 4. Aku try satu.

Berbalik kepada topik World Cup. World Cup kali ni aku tetap support Argentina dan team-team yang akan menentang England dan Itali kalau Argentina tak pergi jauh. Oleh sebab itu, berbekalkan sedikit wang hasil menyawit beberapa hari lepas, aku mencuba nasib pergi ke satu tempat yang selalu orang Malaysia pergi untuk beli jersi dan kasut futsal iaitu al-ikhsan. Macam biasa, aku tak tertarik langsung dengan jersi Argentina, dan terpaksa mengaku yang jersi England lebih cantik. Jersi France dengan Spain pun boleh tahan jugak. Aku cari juga jersi Cameroon tapi takde. Jersi Ghana lagi haram takde.

Setelah kira-kira setengah jam berkira-kira, aku buat keputusan beli dua helai. Satu t-shirt Uniqlo dan satu lagi ring t-shirt ada tulis Honolulu kat depan. Beli kat bundle betul-betul sebelah al-ikhsan tersebut. Mahal bodoh jersi kat al-ikhsan. Nanti aku cari yang tipu, murah sikit.