masa duduk asrama dulu, gua dengan kawan-kawan satu geng ada satu rule atau code of ethics yang tak rasmi. 'the bro code'. cuma, bro code yang ini tak official. masing-masing kena faham sendiri.
contohnya, kalau gua baru balik dari kampung, gua bawak kerepek ubi, gua tak boleh makan sorang-sorang. gua kena tunggu semua ada, gua bukak depan semua orang untuk dikekah ramai-ramai. akibatnya, satu bungkus kerepek ubi seberat lima kilogram mampu dihabiskan dalam masa seminit dua puluh satu saat. memang 'geragas' orang jawa cakap.
atau, kalau hisap rokok empat orang, tapi gua sorang kena tangkap, gua tak boleh bukak mulut kantoikan lagi tiga orang. kes-kes jenayah lain pun macam tu jugak dia punya sistem.
bro code telah menyelamatkan gua dalam beberapa occasion. akibatnya, gua safe dari beberapa kes jenayah budak sekolah yang membabitkan penglibatan gua.
tapi, ada satu occasion yang mana gua tak pasti sama ada gua kena pakai atau tak bro code ini.
satu malam gua dengan gonjeng fly pegi beli roti canai kat taman intan. gua dengan gonjeng fly ikut pagar belakang padang A, berjalan kaki menuju ke taman intan melalui satu jalan laluan yang orang cakap port pocong dengan hantu cari kepala sendiri. masa aktiviti fly, soal hantu memang tak ada dalam kepala. yang penting, lapar sebab petang tak sempat makan, dewan makan dah tutup.
selesai bungkus makanan, gua dengan gonjeng berjalan pulang ke asrama melalui laluan keluar tadi. bila sudah hampir dengan padang, tiba-tiba ada bunyi benda bergerak dengan kelajuan anjing di belakang gua dan gonjeng. dalam gelap, tak nampak benda tu. tapi memang pasti ada sesuatu yang menggerunkan sedang menuju ke arah gua dan gonjeng. bila benda itu sudah hampir, sah, ada lembaga hitam sedang meluru laju ingin menyerang.
"woi, anjing bodoh!" gonjeng melaungkan amaran sambil memaki gua 'bodoh'. apahal?
lantas, gua dan gonjeng terus berlari selaju mungkin. gua tak pandang kiri kanan dan belakang. depan je gua pandang. gua bernasib baik sebab dikurniakan sepasang kaki yang cukup-cukup makan dia punya tangkas untuk melepaskan diri dari anjing.
namun, gua terlupa bahawasanya gonjeng, walaupun berfizikal tinggi, lariannya tidaklah setangkas akalnya memikat gadis dan memutar belit kawan-kawan. bila gua dah rasa selamat, gua pandang belakang untuk memastikan lokasi gonjeng. sangkaan gua, gonjeng betul-betul cucuk angin di belakang gua.
sangkaan gua meleset sama sekali. gua tinggalkan gonjeng lebih kurang seratus meter jauhnya. gua tak pasti sama ada gua lari terlalu pantas melepasi had keupayaan gua, atau gonjeng yang memang lembab nauzubillah dalam kerja-kerja berlari ni. nasib baiklah anjing bodoh tu dah berhenti kejar. jadi, gonjeng selamat dari cengkaman anjing bangang itu.
kejadian itu memberi kesan dalam hidup gua dan gonjeng. sampai sekarang gonjeng menuduh gua melanggar bro code dengan berlari lebih laju darinya lantas meninggalkan dia dan anjing itu jauh di belakang.
dan sampai sekarang, gua rasa bersalah. tapi kadang-kadang gua tak rasa sikit pun bersalah. gua sendiri tak faham kenapa kadang-kadang gua tak rasa bersalah.
tapi yang pasti, gua nak memohon maaf secara terbuka kepada gonjeng. lepas ni kalau kena kejar anjing, gua bagi lu lari dulu. anjing dah gigit kaki gua baru gua lari.
mintak maaf gonjeng. jasamu dikenang.
No comments:
Post a Comment