Friday, April 15, 2011

malam jumaat

malam jumaat.

lepas solat maghrib di surau al-hidayah iaitu surau rasmi kampung aku, aku stay bersama jemaah lain untuk menjayakan satu event yang memang setiap malam jumaat diadakan lepas maghrib. event membaca surah Yaasin dan tahlil ringkas secara beramai-ramai.

sebelum baca Yaasin, sempat lagi berborak hal perempuan dengan satu brader kat beranda surau. tapi itu cerita lain.

lepas baca Yaasin, masuk waktu isyak. lepas solat, tengah wirid, ada satu lipan bara menyusup masuk ke bawah timbunan sejadah yang terlipat di sebelah mimbar. semua jemaah steady, kecuali satu pakcik yang bersungguh-sungguh memburu haiwan itu tapi tak berjaya. apa jadi pada lipan itu seterusnya tuhan saja yang tahu. itu cerita lain.

lepas habis mengaminkan doa yang dibacakan imam, semua jemaah bangun bersalam sesama sendiri sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

selesai bersalam dan berselawat, ada jemaah yang mengerjakan solat sunat dan ada yang terus menuju ke pintu keluar.

aku termasuk dalam golongan yang malas mengambil pahala lebih mengerjakan solat sunat lalu terus menurut langkah satu pakcik yang berjalan mendahului aku menuju pintu utama. pintu yang menggunakan sistem sliding door sebagai sistem membuka dan menutup pintu. bercermin gelap seperti tinted cermin kereta sood belah tempat duduk belakang.

gedebuk!

"aduh!" pakcik yang berjalan depan aku mengaduh dengan kadar suara sedang-sedang. tak perlahan sangat, tak kuat sangat bunyinya.

pakcik itu, bukan pakcik yang memburu lipan tadi, tapi pakcik lain, gagal dalam cubaan keluar melalui sliding door tersebut tanpa membuka terlebih dahulu pintunya. ilmu tembus dinding barangkali.

"macam mana kau boleh tak perasan pintu ni tutup? bukan main gelap lagi cermin ni. mata kau taruk kat mana? kah kah kah kah!" kata hati aku sambil menepuk-nepuk bahu pakcik tersebut.

biadab rasanya kalau aku cakap betul-betul depan muka dia. cuma, aku tak dapat menahan senyum yang terukir secara tak sengaja dalam keadaan minda separa sedar. sorry pakcik.

"eh, tapi lipan tadi besar betul la yob!" ujar pakcik itu seraya membuka sliding door lalu melangkah keluar.

segan la tu. gua tau.

No comments: