Saturday, February 26, 2011

monolog

kadang-kadang, bila bersendirian, aku cenderung untuk bermonolog. lebih-lebih lagi kalau ada perkara berbangkit berkaitan hal ehwal diri sendiri.

"banyak berak hari ni," kata aku kepada diri sendiri yang bersendirian di dalam jamban, sedang rakan-rakan serumah melayan panggung sabtu.

Thursday, February 3, 2011

hati

kalaulah hati kau dan hati aku besi padu
akan aku cantum dan kimpalkan menjadi satu

err.. sudikah kau menjadi biniku?

malaysia tanah tumpah darahku

pulang ke kampung kelahiran menaiki sejenis pengangkutan awam iaitu bas membuatkan aku keliru. sejak bila pula aku merantau sampai ke luar negara? terasa bagaikan sedang menjelajah ke negara lain yang rakyatnya masing-masing berbau ketiak. ada ketikanya terasa bagai tanah air aku sedang dijajah bangsa asing, dan aku hidup sebagai komuniti yang berstatus minoriti. babi apa ni?

dan buat pertama kalinya aku berbicara soal kehidupan dan masa depan dengan kakak aku yang mana anak sulungnya yang berusia tak sampai setahun sudah pandai membuat akaun facebook.

maaf




maaf jika aku tersentuh susumu yang penuh - pyan habib

Wednesday, February 2, 2011

berbual dengan bangla

"You understand malay?" sapa aku pada seorang bangla.
"Hmm?" dia tak paham.
"You paham bahasa melayu?" aku ulang dalam versi melayu.
"Ooh.. (geleng kepala) ..tak faham. Dia faham," sambil menuding ke arah seorang lagi bangla.
"English you paham?" tanya aku, curious.
"English, yes. But some-some," jawab bangla.
"How old are you?" tanya aku dalam bahasa yang dia cakap dia paham.
"Hmm?" dia macam tak berapa dengar.
"How.. old.. are.. you..?" aku ulang sepatah-sepatah nak bagi dia dengar.
"Sorry, i don't know malay," jawab bangla sambil geleng kepala.
"How.. old.. are.. you..?! Your age! Age!" tanya aku lagi separuh menjerit melawan bising bunyi mesin Muratec 33H.
"Sorry, sorry..! I don't know malay!" dia pun nak lawan bising jugak.
"Your age! Age! Aaa.. umur! Umur! You punya umur berapa?!" tanya aku lagi.
"Umur? Ooo.. twenty-four!" jawab si bangla berketurunan sri lanka beragama buddha itu dengan yakin.

Aku terus angkat kaki.