Thursday, April 7, 2011

rajin

malam tadi secara tak semena-mena gua menjadi rajin. lain macam dia punya rajin. punyalah rajin bekerja sampai gua tak sedar dah pukul 5.30 pagi. maksud gua bukannya gua bekerja lebih masa. gua tak berkerjaya lagi. tapi ada projek sikit yang gua nak tak nak kena rajin.

bukan projek sarjana muda.

dan perangai rajin gua menjadi-jadi menjelang subuh.

semalam gua call Manjo kedai repair seluar baju, gua tanya pagi bukak pukul berapa sebab gua nak ambik t-shirt Underground gua hantar kecikkan kelmarin.

"eh pukul tujuhhhh dah bukaakkkk dahhhh yobbbb...!" jelas makcik yang gua tuduh sebagai bini pakcik Manjo.

jadi pagi tadi gua datang lambat setengah jam, nak bagi chance Manjo laki bini opening-opening kedai dulu. pukul 7.30 gua sampai. tutup. orang tua kalau berbual kadang-kadang tak boleh nak percaya sangat. ceh.

tanpa lengah, gua terus pecut pergi bandar menuju ke pasar karat. sampai-sampai gua tengok-tengok barang sikit. hari biasa tak banyak bukak kedai macam hari minggu. sikit lagi gua nak beli helmet askar siap ada camouflage daun-daun. nasib baik harga dia rm45. gua tak jadi beli. kalau rm40 gua beli.

gua nak kena bertindak pantas masa tu. gua pegi satu booth bundle. gua angkat sehelai seluar. lepas tu gua terus pecut patah balik ke parit raja. ke kedai Manjo balik. ok dah bukak.

"baju ni pakcik kena potong dari luar sebab gambar dia tengah-tengah. kalau zaman muda-muda dulu pakcik potong dari dalam, lepas tu gambar dia senget, jadi tak centre. pakcik dah 40 tahun buat kerja ni. sebab tu pakcik bla bla bla.. kalau tak kang bla bla bla bla..." apabenda tah orang tua ni berbual. gua nak cepat ni.

tak sempat dia habiskan ayat, gua dah potong,

"berapa ni pakcik?"

"sembilan ringgit je," jelas pakcik tu.

gua bayar-bayar terus gua masuk kereta. gua belek-belek t-shirt tu. gua tengok jahitan. kemas. gua angguk-angguk kecil tanda puas hati. gua angkat bagi selari 90 darjah dengan permukaan bumi. gua tengok gambar kat tengah-tengah baju tu. senget. 40 tahun apa jadah! ceh!

gua malas nak bertumbuk dengan Manjo. sebab dia pun dah tua. kalau dia brader-brader, gua sound bila dah jauh. sebab gua jarang bertumbuk. lagipun gua takde ilmu bertumbuk. sebab tu gua kira halal je.

gua punya energy banyak lagi akibat gua save dari kegiatan bertumbuk. jadi, gua bergegas pulak ke rengit. pergi petempatan orang kuala yang banyak jual barang-barang terpakai. ada barang projek sikit gua nak beli. bukan projek sarjana muda.

pukul 10.09 pagi gua sampai. orang-orang kuala tak bukak kedai lagi. ceh, nak tidur sampai bila?!

lantas gua pekena roti telur sama kopi tarik lepas gua beli surat khabar orang putih. sebab gua tengok banyak orang-orang tua ngeteh pagi-pagi gitu. jadi, gua saja-saja beli surat khabar orang putih nak show off.

pukul 10.30 gua pergi semula ke kampung orang kuala tu. tak bukak lagi kedai. celaka betul perangai. gua terus pecut menuju ke bandar semula. kali ni gua roger sood. gua paksa dia temankan gua supaya gua tak jadi lone ranger sampai ke sudah. dia cakap dia nak pergi maybank dulu.

gua tunggu sood depan maybank seberang bangunan tm kat jalan rahmat. gua tunggu dalam kereta, parking tepi. gua macam biasa kalau tunggu orang gua termenung. gua pun terkenangkanlah nasib gua yang ditimpa macam-macam bala tahun ni. time-time macam ni gua mudah jadi sedih.

"assalamualaikum,"

tiba-tiba, datang sorang brader pakai kemeja kotak-kotak, seluar tinggi, berkaca mata, rambut sikat cantik-cantik belah tepi, dan berjerawat sana-sini, memberi salam.

"waalaikumsalam," jawab gua.

"ni saya ada jual barang sikit bang. ada cd ceramah bla bla bla.. zikir munajat bla bla bla.. ada buku sekali bla bla.." gua malas nak ingat dialog brader tu. sebab selama ni pun gua tak pernah berminat nak beli benda-benda yang orang jual tepi jalan.

"apa tajuknya ni bang?" tanya gua buat-buat berminat.

"'La Tahzan: Jangan Bersedih'," jawab brader tu sambil menunjukkan buku siap dengan cd ceramah.

gua terkedu. darah gua tiba-tiba berderau. gua mula berfikir, adakah tuhan on the spot terus 'hantar' brader tu promote buku 'Jangan Bersedih' semasa gua baru je start nak layan sedih? atau hanya kebetulan?

tanpa banyak cakap gua terus capai buku dengan cd tu dari tangan brader tersebut. gua beli. harganya rm10. gua terus bukak buku tu gua baca mukasurat pertama dan kedua. baru ayat pengenalan je dah kena tepat kat muka gua!

tak sempat gua nak sambung, sood call gua.

"gua kat maybank ni. mana lu?" soal sood.

"gua kat maybank jugak ni. depan tm. lu nampak gua tak?" soal gua balik sambil kepala melilau cari kelibat sood.

berbual punya berbual dalam telefon tapi tak nampak muka. rupanya sood kat maybank depan pejabat post. kat jalan rahmat jugak. ceh, berapa banyak maybank nak buat kat jalan rahmat?

sood ajak makan kat kedai pisang goreng paling famous kat bandar penggaram. dulu kedai buruk. sekarang dah kedai baru.

"pisang goreng dah ada buat?" tanya sood kepada pelayan kedai.

"ada ada," jawab pelayan itu angguk-angguk.

"aaa bagi mee goreng telur la," pesan sood. celaka.

"sama la," gua mencelah.

makan-makan, pung pang pung pang. cabut.

sood entah ke mana, gua singgah 'ninetynine bundle' dekat-dekat kedai tu. sempat jugak la gua menimba sikit ilmu kat situ. tapi gua tak beli apa-apa pun. pukul 1.35 petang, gua cabut balik rumah. sampai rumah pukul 2.00 petang.

sekarang, dah pukul 3.22 petang. memang waktu tidur gua. lagipun kepala gua dah nak pecah. jadi, gua nak tidur dulu. buku 'Jangan Bersedih' tu nanti bila dah bangun baru gua baca. gua tersengaja tinggal dalam kereta.

nite.

2 comments:

Anonymous said...

Aku memang suka la cara ko bermonolog ayob.aku rasa mcm aku la pulak pegi kedai pakcik manjo tu.hahha.
memang deep down lah ko ni yob.every last detail.

ayob said...

hai anon. kapel jom. tak kisah la kau laki ke pempuan.