Tuesday, November 15, 2011

kutu

"kau tau tak ada posibeliti yang Socrates dengan Luqman al-Hakim tu dua orang yang sama," kata Harun membuka topik baru selepas habis berborak pasal makwe panjang lebar sebelum itu.

"aiseh tinggal sebatang plak," keluh Harun sambil mengeluarkan rokok terakhirnya pada sesi mengeteh kali itu lantas menyalakan rokok gaya abang-abang.

"aku ada baca-baca jugek pasal tu. tapi point-pointnya aku tak ingat sangat," celah Sidek mengangguk tanda setuju.

"point yang pertama, ajaran Socrates dengan Luqman Hakim ni sama. iaitu tuhan itu cuma ada satu. time tu orang kat Athens sibuk dengan ajaran yang dewa ada banyak jenis," terang Harun.

"lepas tu si Socrates ni pun memang jenis orang pandai lebih kurang macam Luqman Hakim jugak pandainya. aku macam pernah terbaca satu quote Socrates memang sebiji macam quote Luqman Hakim, tapi aku tak ingat dia cakap apa," sambung Harun lagi.

"satu lagi yang orang samakan dengan Luqman ni cara mati Socrates. dia mati kena paksa telan racun. lepas tu perkataan telan tu sebut dia 'laqman' dalam Arab. pastu kalau ikut tulis Arab dimelayukan jadi ejanya 'Lqman'. tinggal tukar 'baris atas' dengan 'baris depan' kat hurup 'lam' tu. sebutan 'a' tukar jadi 'u'. tak paham sudah," eksplen Harun panjang lebar.

Sidek main hanset. celaka.

"ada lagi yang orang tulis cakap si Socrates ni kemungkinan jugek nabi yang diturunkan untuk kaum Athens. ini pun tak mustahil jugek sebab ada satu surah dalam Quran sebut yang tuhan turunkan nabi dan rasul yang tuhan ceritakan ke kita. tapi ada jugak tuhan turunkan nabi dan rasul yang tuhan tak ceritakan ke kita. hah kira besar tu pointnya tu. kita tau nabi keturunan orang arab sama israel je. kita mana tau ada nabi india ke, nabi switzerland ke, nabi jerman ke kan.. tuhan je yang tau ye dok?" berdedai-dedai Harun cerita.

Sidek main hanset.

Harun pandang keliling. pelanggan-pelanggan warung Pak Janggut semakin beransur pulang sehingga tinggal mereka berdua saja.

"pukul satu dah.. patut la," kata Sidek menyedari malam kian larut. justeru dibakarnya Surya sebagai tanda belum nak beransur pulang lagi.

"eh ni macam dah nak tutup je kedai," balas Harun dengan nada sedikit cuak. apa benda yang dicuakkan pun tak tau la Harun ni.

"lek lu. sebatang la last," pujuk Sidek.

Harun capai Sidek punya Surya. kelihatan makcik kedai sedang kemas-kemas kedai. Sidek sama Harun buat tak endah sambung berbual pasal Socrates dan Luqman al-Hakim.

sedang sedap berbual pungpangpungpang, makcik kedai mendekati table Harun sama Sidek. dengan tak semena-mena makcik itu terus menterbalikkan meja yang berbentuk bulat itu. pecah berderai gelas minum Harun sama Sidek atas lantai.

"balik," tenang makcik kedai itu memberi arahan.

Harun sama Sidek terkocoh-kocoh menyeluk saku masing-masing lalu menghulurkan seringgit.


sumber al-Quran: Surah an-Nisa' ayat 164-165.

4 comments:

Pert Doherty said...

Celake betul makcik..

ayob said...

makcik tu keturunan aristotle

Pert Doherty said...

meggelabah apa tajuk kutu

Naim Marinin said...

semalaman minum segelas sorang