Monday, June 20, 2011

sikap

sedang gua berehat melepaskan lelah di bawah pokok kelapa sawit tadi, gua diganggu makhluk halus. nyamuk. bukan main banyak! mula-mula gua melawan. tapi, lama-lama gua pasrah. tubuh gebu gua dijamah nyamuk-nyamuk kebun yang gua anggarkan dalam seratus ribu ekor bilangannya.

tiba-tiba gua mendapat satu akal. akal gua itu ialah mengkaji sikap dan perilaku nyamuk. gua tengok ada lima ekor nyamuk sedang sedap menghisap darah di bahagian lengan gua. gua perhatikan sekor-sekor. bukan main leka gua tengok.

gua buat ujikaji. dalam lima ekor yang tengah sedap menghisap secara berkumpulan itu, gua cuba bunuh seekor. modus operandi gua untuk membunuh yang seekor tu adalah secara menekan hingga penyek. bila hujung jari gua dah cecah kepak dia, tinggal gua nak tekan sampai penyek je, dia masih leka menghisap darah gua. gua tekan bagi penyek.

'cret!' mungkin begitulah bunyinya bila darah terpancut dari tubuh nyamuk yang kenyang itu.

mulanya, pada hemat gua, rakan-rakannya yang empat ekor tadi akan terbang lari akibat ketakutan bila nampak seekor dah kena bunuh. sangkaan gua meleset. yang lagi empat ekor tadi tak menunjukkan sebarang respon bila member sebelah diorang dibunuh oleh gua.

leka sangat akibat kesedapan menghisap darah gua.

jadi, daripada pemerhatian dan ujikaji gua sebentar tadi, gua dapat menyimpulkan beberapa perkara;


1. nyamuk, bila dapat hisap darah, akan menjadi terlampau leka sampai member kena musibat pun tetap leka hisap darah sampai kenyang dan puas. tidak langsung menghiraukan bahaya yang bakal tiba sebentar lagi.

perangai ini amat sinonim dengan perangai manusia. bila mendapat kesenangan, bukan main leka dan lalai sampai terlupa tuhan. buat maksiat sana sini, makan duit haram sana sini, tindas orang sana sini, sampai terlupa azab seksa yang bakal ditempuhi sebentar lagi.

2. nyamuk amat bebal. sama bebal dengan perangai sebilangan manusia. termasuk gua, barangkali.

3. nyamuk pada asalnya mungkin adalah jelmaan manusia. sebab perangai sama.

4. darah gua sedap sangat sampai nyamuk jadi leka.


selepas itu, gua meneruskan aktiviti menyawit.


p/s: gua balik dari kebun badan bintat-bintat.
p/s/s: gua tak tuduh siapa-siapa buat maksiat. gua cuma mengingatkan diri sendiri.

5 comments:

Pert Doherty said...

lu dulu2 pun nyamuk

Anonymous said...

sapa cikgu sains kau msa form 3?

podshop said...

patotla kdg2 gua rasa bley terbang, gua ni asal nyamuk..

ayob said...

ni apa cerita cikgu sains ni? apa ko tuduh cikgu sains aku nyamuk ke apa anon?

ayob said...

pod, lu sorang je asal nyamuk.