Tuesday, June 21, 2011

buku

masuk tahun 2011 ni, gua tiba-tiba macam terpanggil untuk memupuk kembali tabiat yang gua tinggal bertahun-tahun dulu, tabiat yang gua dulu rancak amalkan masa gua sekolah rendah. tabiat membaca buku.

jadi, tiap kali gua ke bp mall, mesti gua ada singgah ke popular tengok buku-buku yang ada kat market. namun, tiap kali gua pegang apa-apa buku ke hulu hilir dalam kedai tu sambil cari buku lain, gua akan letakkan ke tempat asalnya pada akhirnya. hal itu adalah disebabkan gua tak berduit untuk membeli buku-buku itu.

kadang-kadang gua tengok-tengok juga buku kat bahagian agama. gua sebenarnya berminat tentang cerita-cerita hal ketuhanan, akidah, sejarah Islam, dan sebagainya yang berkaitan Islam. tapi entah kenapa sejak kecil gua tak pernah berminat membeli buku-buku seperti itu. gua berasa amat hairan sejak sekian lama.

tapi, tiba-tiba hari ini gua mendapat satu akal. akal itu adalah sebab musabab kenapa gua tak minat akan buku-buku tersebut.

okey, cuba perhati contoh buku-buku tentang ilmu Islam di bawah:



tipikal, bukan? maksud gua, dia punya cover. pada hemat gua, cover pada kulit buku mempengaruhi kehendak pembeli. orang selalu cakap 'don't judge a book by it's cover.' tapi, kita bercakap tentang marketing strategi. dalam hal buku-buku Islam ini, strategi untuk memupuk umat Islam malaysia khususnya melayu yang jenis pemalas nak baca buku ni supaya berminat membaca buku-buku sebegini.

sejujurnya, gua tak minat langsung pada buku yang kulitnya ada gambar-gambar masjid, tulisan khat, atau gambar-gambar yang bercirikan seni Islam. gua pun tak tahu kenapa. mungkin sebab sistem yang mengalir dalam darah gua sekarang ini terpupuk oleh sistem dan cara hidup yang diajar oleh zionis dan kuasa imperialisme barat. benda ni sedikit sebanyak mempengaruhi mental gua yang jadi tak suka pada buku-buku hal agama ni.

soalan gua, adakah satu kewajipan bahawa buku-buku Islam mesti dihiasi kulit yang bercirikan Islam? kebanyakan umat manusia di malaysia ni sememangnya kekurangan minat membaca buku sebegini rupa. jadi, apa salahnya penerbit-penerbit buku macam ni cetak kulit buku dengan hiasan-hiasan yang familiar dengan jiwa masyarakat kita. maksudnya, gambar atau hiasan yang sememangnya disukai dan disenangi ramai, dan yang familiar dengan budaya dan cara hidup masyarakat kita. asalkan tak bertentangan dengan ajaran dan akidah Islamiah.

kita study balik macam mana orang england jajah kita. diorang jajah kita secara halus. diorang belajar adat dan budaya kita, diorang praktik sampai orang melayu jadi senang hati bergaul dengan diorang. hasilnya, sampai sekarang kita terjajah.

jadi, untuk memupuk minat membaca, kulit buku juga penting pada pandangan gua. siapa target penulis buku-buku itu? adakah targetnya golongan pak-pak lebai atau imam-imam muda yang sudah sedia penuh ilmu di dada? ataupun kutu-kutu berahak yang setiap harinya kerjanya hanya melepak macam gua ni, yang ilmu di dada dah tentulah kosong?

jika targetnya adalah golongan seperti gua, yang hari-hari dengar thom yorke memekak, bukannya dengar ustaz harun din berceramah, tindakan sewajarnya harus dilakukan. warnailah cover buku-buku tersebut dengan hiasan yang gua suka. yang nampak happening. tak semestinya kena letak gambar liam gallagher baru gua nak beli ye dak? hal design tu pandai-pandai lah pergi bergaul dengan orang macam gua ni mintak pendapat ke apa. selami kehidupan orang-orang macam gua, baru boleh faham kehendak pengguna.

ini tidak, lu pak lebai, lu tulis buku, lepas tu lu suruh orang design ikut kehendak lu. lu jual buku untuk lu sendiri beli ke, pak lebai? maaf jika bahasa gua sedikit kasar. gua memang jenis kasar. bergurau tak bertempat. gua bukan tak respek pak lebai. cuma, lebai-lebai seluruh malaysia ni perlu berfikir secara lain macam kadang-kadang. jangan asyik fikir, asal buku agama kena ada gambar masjid, asal buku agama kena tulisan khat. kamon, Islam itu tidak mengenal erti bangsa dan budaya. lu jual buku cover-nya penuh tulisan khat kat jerman, ada orang jerman nak beli?

okey, sampai situ saja pandangan dan pendapat gua. gua sebenarnya bermasalah nak tulis penutup macam mana. jadi, bye.

shalom.


p/s: ini hanyalah pandangan gua. gua menulis tanpa sumber dan rujukan. jadi, kalau pendapat gua salah, sila pangkah gua secara berhikmah. gua jenis sensitif.

9 comments:

evagurl (podshop) said...

aku pangkah hang.

kahkah

ayob said...

kalau hang yang pangkah aku tak takut!

Pert Doherty said...

pantik

ayob said...

ampun tuanku beribu ampun sembah pantik harap diampun

[ a D D y h A I K A L ] said...

tang p/s tu terbaik tu..btol bro apa yang lu cakap..skang ni wa usha buku terbitan hijaz pablikesyen je yang menarik untuk wa baca.macam cite freemason sume tu.lagi satu pablisyer yang caya pts..

ayob said...

addy: gua dari siang sampai ke malam ni cuba nak pahamkan ayat last lu. maaf gua masih tak faham.

Zetty Zainal said...

lecturer publishing aku cakap
" do judge a book by its cover""

[ a D D y h A I K A L ] said...

haha abaikan je la apa yang wa belitkan tu

podshop said...

biar gua jd tok guru lu..