Friday, June 24, 2011

hikmah

satu tengah hari, di kawasan kejiranan sebuah daerah di selatan bolivia;

"aiseh takde air plak tiba-tiba. cemana nak mandi ni? ni ntah-ntah sampai besok pun takde air lagi. melengas laa badan woi!" keluh Tumirun sejurus balik dari mencangkul tanah depan rumah buat batas untuk tanam salad.

"sabar la bang. tak baik mengeluh sangat. semua ni ada hikmahnya," pujuk Tukimah tatkala melihat suaminya marah-marah pasal air tiba-tiba terputus bekalan.

"ahh ni mesti sarikat air tak buat keje ni! makan gaji buta je tau! jangan sampai aku sesah sekor-sekor dengan pedang samurai ni kang! menyusahkan rakyat marhaen macam kita je!" bebel Tumirun lagi, menyalahkan syarikat bekalan air pula kali ni.

"abang ni. tak baik tuduh yang bukan-bukan kat diorang. benda macam ni kadang-kadang mana boleh jangka. semua ni kehendak tuhan bang.. ada laa tu hikmahnya. orang inggris cakap, blessing in disguise," pujuk Tukimah lagi dengan ayat klise.

"hikmah, hikmah, hikmah! ko cakap bukan main lagi. macam power sangat bab agama. surah alam nasyrah pun tak hapal ada hati nak sekolahkan aku!" herdik Tumirun, tak puas hati ditegur. biasalah, ego lelaki mana boleh diporak-perandakan kaum wanita. itu mentaliti Tumirun.

"bukan surah alam nasyrah la bang. surah al-insyirah.." terang Tukimah dengan lembut.

"ah kalau ko power sangat, apa hikmahnya air takde?" Tumirun mula persoal Tukimah.

"err.. entah la bang. tuhan je yang tau. kimah tak tau," jawab Tukimah rendah diri.

"hah tengok! sekolahkan aku kemain. ko pun tak tau apa hikmahnya. ceh!" cebik Tumirun dengan penuh perasaan glorious.

Tukimah diam tak melawan.

di satu sudut lain kawasan kejiranan keluarga tumirun, tinggal seorang pengawal keselamatan. Lutfi namanya. nama bukan main islamik.

hari itu, Lutfi keluar mencari sesuap nasi seperti hari-hari biasa selepas subuh. waktu itu bekalan air belum dipotong.

"alamak ai apahal bocor pulak kepala paip ni!" keluh Lutfi sambil geleng kepala memandang kepala paip pada meter bacaan air bocor. terpancut-pancut air keluar.

Lutfi pandang pada meter air. laju meter bacaan itu bergerak.

"kalau camni punya kes, melambung la bil air aku!" jerit Lutfi seraya berlari masuk ke rumah mengambil pita pelekat.

dililitkan pita pelekat pada kepala paip itu supaya air tak keluar terpancut-pancut lagi. namun, usahanya kurang berhasil. air tetap terpancut keluar. Lutfi menyeluk saku seluarnya mengeluarkan telefon bimbit. Lutfi tak ada jam tangan.

"aduh dah lambat nak pegi keje ni! ah pegi mampus la dengan problem air ni!" kelihatan gelabah Lutfi berkata-kata sendirian.

Lutfi hidupkan enjin motor, lintang pukang ditunggangnya motor itu. bimbang kelewatan.

waktu senja, Lutfi pulang ke rumah. dipandangnya meter bacaan air tadi. tiada lagi air terpancut keluar. meter bacaan air pun berhenti.

"aik? ajaib betul?" soal Lutfi bermonolog.

"air takde la bang. satu bolivia air takde mungkin sampai esok pagi," jelas jiran Lutfi yang sedang bersiap-siap ke masjid terdekat untuk mandi air tangki masjid.

"ohh.. patut laa. selamat aku. takde la bil air aku melambung," kata Lutfi sambil bertahmid dalam hati.

...

di atas bumi tuhan, manusia menumpang duduk di merata tempat. setiap makhluk berhak hidup di bumi tuhan. jadi, setiap daripada mereka juga berhak menerima nikmat tuhan.

kadangkala, tuhan menurunkan musibah pada sesetengah hamba-Nya sebagai ujian. musibah itu pula, pasti ada hikmah atau kebaikan di sebaliknya. dalam kes ini, Tumirun tak nampak apa kebaikan musibah itu ke atasnya. Tukimah pun tak tau.

rupa-rupanya, musibah terputus bekalan air itu adalah satu hikmah atau kebaikan kepada pengawal keselamatan bernama Lutfi itu. Lutfi adalah makhluk tuhan yang tinggal di bolivia. jadi, Lutfi berhak merasai nikmat tuhan macam orang-orang bolivia yang lain.

tuhan berkehendak memutuskan bekalan air. ia mendatangkan musibah kepada Tumirun yang baru lepas mencangkul tapi tak ada air untuk mandi. tapi dalam masa yang sama, ia mendatangkan kebaikan kepada Lutfi yang kebocoran paip. ia adalah satu rahmat buat Lutfi.

sesungguhnya, Allah maha mengetahui tentang apa yang terjadi. yang nyata mahupun yang tersembunyi.

9 comments:

Pert Doherty said...
This comment has been removed by the author.
ayob said...

tak baik woi. nama mak orang tu.

Pert Doherty said...

maaf..

Pert Doherty said...

aku tak nak delete post aku

ayob said...

pemilik emak itu ada di kalangan kita. jaga-jaga.

Pert Doherty said...

jenis gua padam jap lagi

ayob said...

jenis tau kecut.

ikabash said...

good reminder yob. thanks..

Pert Doherty said...

jenis gua dah padam la woi