Monday, May 30, 2011

hipokrisi

aku mula belajar puasa sejak tadika. jadi, bila dah masuk darjah tiga, boleh nak kata aku dah banyak pengalaman la dalam kegiatan berpuasa di bulan ramadan.

satu tengah hari bulan puasa, aku balik dari sekolah menapak menuju ke pondok basikal. basikal aku tak parking dalam sekolah, sebab mak aku tak bagi aku bawak basikal seberang jalan raya. jadi, aku parking kat pondok parking basikal kat seberang jalan raya area-area dekat dengan jambatan kampung aku. pandai-pandai la kau imagine kat mana lokasi dia.

sedang berjalan kaki menyeberang jambatan, aku terserempak seorang pakcik pertengahan umur.

"puasa tak hari ni yob?" tegur pak cik itu.

"puasa, wak," jawab aku sopan santun.

"bagus.. bagus.. kecik-kecik dah pandai puasa. tak macam anak wak tu, dah masuk darjah tiga pun tak reti nak puasa lagi," keluh pak cik itu merujuk kepada anak dia yang sebaya aku. satu kelas pulak lagi.

"penuh tak puasa? ada ponteng tak?" tanya pak cik itu lagi dengan perasaan ingin tahu yang tebal. mungkin mengharap aku tak puasa penuh, supaya tak jauh sangat level dengan anaknya yang tak puasa langsung.

"setakat ni penuh, wak," jawab aku lagi konfiden.

"bagus betul anak cikgu jaini ni!" pujinya lagi sambil usap-usap kepala aku. aku hanya tersengih. tak berapa suka sangat dipuji sebenarnya aku ni.

aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. memikirkan petangnya nak ke sekolah agama, aku mesti memikirkan strategi yang terbaik untuk berehat secukupnya dan menjimatkan tenaga.

....

pukul 1.30 petang. aku bersiap-siap ke sekolah agama yang akan bermula jam 2 petang.

hari itu panas terik. mak dan bapak aku belum pulang dari sekolah.

"peh, bulan-bulan puasa ni air kosong pun jadi sedap gila," kata aku kepada diri sendiri selepas meneguk separuh botol besar air masak.

dan aku mengatur langkah menuju ke sekolah agama, menimba ilmu akhirat untuk bekalan dan panduan di hari tua.

dengan penuh bertenaga.

2 comments:

Anonymous said...

memikirkan petangnya ke nak sekolah agama, aku mesti memikirkan strategi yang terbaik untuk berehat secukupnya dan menjimatkan tenaga.-best ar ayat kau.tolong ajar aku berkarier.

ayob said...

ok, aku dah betulkan ayat. kah kah