Saturday, May 21, 2011

Leon Agusta Part 2 : Solomon

Suatu hari, bapa Leon, Rosli, bercerita tentang perihal asal-usul keturunannya;

Sulaiman, bapa Rosli adalah anak kepada seorang bekas ejen CIA berdarah Yahudi. Sulaiman, atau nama sebenarnya Solomon, adalah anak tunggal hasil perkahwinan Zechariah Shalhevet dengan wanita berketurunan Rusia, Adrianna Nikolai.

Zechariah asalnya adalah penganut agama Judaism. Beliau dilatih menjadi ejen CIA seawal umur 18 tahun. Sepanjang berkhidmat sebagai ejen CIA, beratus-ratus misi mustahil telah beliau selesaikan. Kebanyakannya secara lone ranger. Semasa umurnya baru mececah 34 tahun, beliau telah pun digelar a living legend oleh ejen-ejen sejawatnya.

Sehinggalah pada satu musim sejuk, beliau telah ditugaskan menjalankan misi di Rusia. Di situlah satu tragedi berdarah telah menimpa Zechariah.

Di Rusia, beliau ditugaskan menjadi double agent untuk pasukan perisik Rusia, FSB atau Federal Security Service of Russian Federation. Semasa bertugas di Rusia inilah beliau telah dilamun cinta dengan Adrianna Nikolai, gadis penjual roti yang beragama Islam.

Dipendekkan cerita, Zechariah mengahwini Adrianna dan memeluk Islam. Perkahwinan dan pengislaman Zechariah itu dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan pihak CIA. Namun demikian, kegiatan Zechariah akhirnya terbongkar dan beliau telah dibunuh oleh pihak CIA kerana memeluk Islam. Ketika itu Adrianna sedang mengandung tiga bulan.

Adrianna terselamat dari buruan pihak CIA dan berjaya melepaskan diri dengan melarikan diri ke England bersama-sama anak dalam kandungannya. Di England, beliau menyertai satu pertubuhan Islam dan diambil sebagai keluarga angkat oleh sepasang peniaga runcit berketurunan Pakistan dan menetap di Newham di timur London. Beliau kemudiannya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Solomon, iaitu Sulaiman, ayah kepada Rosli dan datuk kepada Leon Agusta.

Diiktiraf sebagai penduduk tetap, Solomon mengambil keputusan menyertai akademi bola sepak disebabkan minatnya yang mendalam terhadap sukan tersebut. Beliau diterima masuk menyertai akademi bola sepak West Ham United F.C semasa berumur 12 tahun. Di akademi itulah Solomon berkenalan dengan Bobby Moore yang ketika itu berumur 15 tahun. Mereka bersahabat baik walaupun berlainan bangsa dan agama.

Tiga tahun kemudian, Bobby Moore telah disenaraikan dalam pasukan utama sebagai menggantikan Malcolm Allison yang menderita penyakit tuberculosis. Perlawanan pertama beliau adalah menentang Manchester United. Walaupun Bobby telah diiktiraf sebagai pemain utama, beliau tidak langsung melupakan sahabatnya Solomon yang masih terkapai-kapai dalam pasukan simpanan, mencari hala tuju masa depannya dengan The Hammers. Seringkali Bobby menemani Solomon menjalankan latihan tambahan setiap kali tamat sesi latihan.

Dalam satu perlawanan menentang seteru utama, Milwall, satu kejadian malang telah menimpa Solomon yang ketika itu menjadi penonton perlawanan yang berlangsung di tempat lawan iaitu The Den. Beliau telah diserang oleh sekumpulan penyokong Milwall yang menggelar diri mereka Bushwackers. Kaki kiri Solomon cedera parah dan beliau tidak dapat bermain bola sepak dengan baik lagi selepas itu. Putus asa dengan masa depannya dengan The Hammers, Solomon mengambil keputusan berhenti dari akademi pada umur 18 tahun.

Beberapa bulan kemudian, keluarga angkat Solomon yang berketurunan Pakistan itu mengajak beliau dan ibunya berhijrah ke timur jauh untuk mencuba nasib mencari rezeki di sana. Hal ini kerana mereka sering diganggu dan menjadi mangsa racisme sekumpulan penduduk tempatan yang rata-rata terdiri daripada kumpulan remaja yang berkepala botak, memakai braces, jeans sendat dan senteng serta berkasut but Dr. Martens. Kemuncak gangguan tersebut adalah apabila kedai runcit mereka diconteng dengan semburan cat merah berbunyi;

"GO FUCK YOURSELF YOU FUCKING PAKI! GET THE FUCK OUT OF HERE! WE'LL FUCKING KILL YOUR WHOLE FUCKING FAMILY IF YOU DON'T FUCKING GO, YOU FUCKING STINKY BASTARDS! BLOODY FUCKING CUNT!! PAKI BASTARDS!!! FUCKKKK OFFF!!!"

Risau kejadian lebih buruk berlaku, mereka mengambil keputusan pergi dari situ dan berhijrah ke Tanah Melayu.

Lalu berhijrahlah Solomon dan keluarga angkatnya ke Tanah Melayu mengadu nasib memulakan hidup baru. Bobby Moore menghadiahkan jersi West Ham United bernombor 6 sebagai kenang-kenangan dan sebagai tanda persahabatan.

Di Tanah Melayu, Solomon menggunakan nama Sulaiman bin Zakaria memulakan hidup baru sebagai guru Bahasa Inggeris. Beliau akhirnya bertemu jodoh dengan gadis tempatan bernama Siti Zulaikha binti Kamarul Zaman dan dikurniakan empat orang anak iaitu, Abdul Razak, Ibrahim, Nur Sakinah dan Rosli.

....

"Hah macam tu lah ceritanya macam mana atuk kau dapat jersi nombor 6 Bobby Moore ni. Sebab tu la atuk kau punya semangat West Ham United kuat gila sampai bawak ke bapak! Dia bersahabat dengan legend tu. Legend!" penuh bersemangat Rosli bercerita sambil mengalih pandangan pada jersi Bobby Moore yang dibingkaikan dan digantung pada dinding.

"I'm forever blowing bubbles...! Pretty bubbles in the air...! They fly so high nearly rea..." tak sempat Rosli habiskan rangkap lagu itu, tiba-tiba ibu Leon mencelah,

"Dah nak pukul lapan ni bang. Dah nak habis Maghrib dah ni. Dah la belum mandi junub lagi. Haih nak lempang kang takut derhaka pada suami pulak," Sutinah jadi orang memang jenis sound tegak. Dengan laki dia sendiri pun dia sound tegak. Nanti time hari raya baru menggelabah nangis-nangis minta ampun.

"Leon! Kau nak tidur sampai bila?!! Pegi mandi! Solat!" jerkah Sutinah pada Leon pula mengakibatkan Leon bangun secara serta-merta dalam keadaan terkejut.


Bersambung..

1 comment:

Evagurl said...

ayah angkat sulaiman tu mesti kerja jual kdai runcit kt england kan.. kpla botak tengah skt aku rasa..hahhah.. this is england memg filem yg berkisarkan pasal ayah angkat sulaiman..hahahha