Monday, May 2, 2011

bertemu tuhan

Pada masa dahulu dihikayatkan kisah seorang hamba Allah yang kuat beramal ibadah serta tinggi ilmunya. Hamba Allah ini mempunyai seorang anak murid yang setia berguru dengannya. Suatu hari, anak muridnya bertanya,

"Tuan guru, aku perhatikan tuan guru ini sangat rajin bersolat. Tidakkah tuan guru terfikir, bagaimana sekiranya solat tuan guru setiap hari selama hayat tuan guru ini tidak diterima Allah? Dan bagaimana jika tuan guru dimasukkan ke dalam neraka Jahannam, bukannya syurga Firdaus?"

Dengan tenang, tuan guru tersebut menjawab,

"Sesungguhnya, aku bersolat pagi, petang, siang dan malam kerana betapa cintanya aku kepada Allah. Aku tidak pernah meminta untuk dimasukkan ke syurga Firdaus kerana solat-solatku. Sesungguhnya aku terlalu ingin berjumpa dengan Allah penciptaku. Andainya Allah mahu mencampakkan aku ke dalam neraka Jahannam, sudah teramat bertuah bagiku sekiranya tuhanku sudi bertemu dengan hamba-Nya yang hina ini."

Cintakah kita kepada Allah seperti cintanya hamba ini kepada tuhannya? Kerana apa kita bersolat? Adakah kerana cinta kita kepada Allah? Atau kerana ganjaran? Atau hanya kerana untuk melengkapkan rukun Islam? Atau kerana terpaksa?

Takutkah kita kepada Allah? Atau kita hanya takutkan api neraka?


....



Kisah di atas diceritakan Pert kepada aku sebelum bermulanya perlawanan Chelsea menentang Spurs tempoh hari.

2 comments:

Sufi said...

aku suke post ni

ayob said...

kredit kat pert. dia penghikayat. aku sampaikan je. hehe