Genap 6 tahun lepas, juga pada hari Ahad, adalah hari yang mana aku seperti segelintir budak-budak lelaki yang sudah akil baligh, telah mengambil keputusan menamatkan zaman single (bukan bujang) dengan bercinta dengan Nadira Johari Halim Shah, bukan Nadira musuh Power Rangers yang berambut pink.
Rasanya tak lari akidah kalau menyambut tarikh tu sebagai tarikh special ye dak? Jadi, tahun ini dah masuk kali keenam lah. Memandangkan tak ada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang kami anjurkan sesama sendiri untuk tahun yang lepas-lepas, jadi tahun ni adalah sikit aktiviti kecil-kecilan, iaitu berpiknik tepi pantai bawak tikar dengan sandwich stail famili-famili.
Sebagai hadiah ulangtahun, Nadira Johari Halim Shah, bukan Nadira musuh Power Rangers telah menghadiahkan aku sekeping home-made card yang tersangat phenomenal, atau dengan kata lain dia, outstanding. Takpun terrific. Er.. senang cakap, cantik sangat sangat sangat lah!
Sebagai insan yang tak punya apa, tak pula ada bakat membuat home-made card, bahkan memilih kad cantik kat kedai pun failed, aku tak mampu memberi apa-apa yang setanding dengan kad yang outstanding itu. Cuma dendangan tak bertenaga lagu "I'm Yours" yang failed, walaupun setelah berlatih semalaman sampai insomnia. (orang jawa kalau nyanyi lagu jason mraz yang jenis pronounce laju macam lahanat tu paham-paham je lah macam mana hasil dia)
Ini bukan karangan jenis laporan lawatan sambil belajar. Jadi, tak perlulah nak bagitau tentatif-tentatifnya kan. Orang cakap, pictures tell a thousand words, ye dak?







p/s: dua gambar terakhir itu tak ada kaitan dengan piknik. cuma nak menyatakan bahawa aku dengan jonny greenwood dan johnny depp mungkin ada chemistry. terima kasih.
foto piknik: nadira musuh power rangers.