Thursday, April 28, 2011

mengamuk

dalam satu situasi, ada sekumpulan orang kampung berusia kira-kira setengah abad sedang mendengar berita di siaran radio sinar fm. berita tentang CEUPACS meminta kenaikan gaji. isu biasa.

"hah macam ni lah orang melayu. kerja malas, gaji asik nak mintak naaaaiiiikk je. ingat kerajaan tu apa?" keluh seorang pak cik yang tak pernah merasa kena bayar cukai pendapatan.

"kalau tak puas hati sangat gaji kecik, berenti je la kerja. banyak pulak bunyik!" jelasnya lagi, yang tak pernah merasa pergi kerja tiap-tiap hari kena bayar tol pergi dan balik kerja.

"hah, kang bila dah berenti kerja, tak dapat kerja lain, salahkan kerajaan pulak lagi!" bebelnya lagi yang tak pernah bayar caruman kwsp tiap-tiap bulan.

"nanti bila gaji dah naik, bukannya nak sokong kerajaan pun! tau nak banggggkaaanngggg aje!" kedengaran seperti naik marah suara pak cik yang tak pernah bayar ptptn tiap-tiap bulan yang tak tentu bilanya nak habis.

"nampaknya, kita orang kampung je laa yang setia sokong kerajaan. orang-orang bandar kat luar tu tak tau bersyukur! kufur nikmat! kerajaan dah bagi macam-macam pun masih nak bangkaaaangggg je kerjanya!" cebik pak cik itu lagi, yang tak pernah bayar ansuran rumah dan kereta tiap-tiap bulan. ye lah, tanah dah banyak, rumah pusaka dah ada, kereta pulak tak pandai pandu.

so macam mana nak kira ni, bila orang kampung yang tak berpelajaran tinggi dan tak berkerjaya professional menuduh orang-orang yang terbeban dengan macam-macam hutang sebagai tidak bersyukur? mintak gaji naik tapi tak nak sokong kerajaan? kamon pakcik! bukan kerajaan yang bagi rezeki. Allah SWT yang bagi rezeki. gua yang jenis tak kuat agama pun percaya benda ni tau. pak cik dah lah selalu jadi imam kat masjid. Allah yang bagi rezeki, pak cik. bukan barisan nasional!

aku tak ada sikit pun niat menghina orang kampung sebagai tidak berpelajaran tinggi, sebab aku juga orang kampung. duduk di kampung. mak bapak aku, saudara-mara aku semua orang kampung.

tapi, inilah hakikatnya bila kita tak berpelajaran tinggi, bila kita hari-hari kait sawit tanpa jenguk-jenguk dunia luar. tiap-tiap hari surat khabar utusan yang masuk kampung, bukak tv pun media kerajaan. sampai otak kena cuci dengan orang-orang kerajaan, yang tak tentu lagi betul tidaknya. apa kerajaan buat semua betul. apa pembangkang buat semua salah.

bila pemimpin kerajaan kena tangkap video seks, "takpe, itu cina dia punya pasal la."

bila pemimpin kerajaan pegi kelab malam, "itu kan urusan peribadi dia! yang kau sibuk nak campur apahal? kau baik sangat? lagipun kau pasti ke betul? jangan main tuduhh je lah!!!" aik mengamuk?

tapi, bila pemimpin pembangkang kena tuduh rasuah, liwat, video seks, yang sama jugak tak pasti lagi betul ke tidak, memang tak adanya nak ragu-ragu lagi. memang sah! kerajaan barisan lah yang paling betul! pembangkang semua penyangak!

aku paling benci kalau nak cakap pasal politik. bukan sebab aku pro kerajaan. bukan juga sebab aku pro pembangkang. tapi bila muncul isu-isu macam ni, maksud aku, isu orang kampung yang macam aku cerita kat atas tu, aku fikir, sampai bila orang kampung nak kena brainwash? sampai bila orang kampung nak percaya bulat-bulat kepada satu pihak saja tanpa sebarang usul periksa? kerajaan cakap babi halal, hah halal lah babi. ye dak?

dulu aku panas kalau orang cakap orang kampung kolot, dangkal. sebab aku orang kampung. tapi, itulah hakikatnya.

hah, satu lagi, aku tak puas hati kenapa guru mesti sokong barisan nasional. apahal? why the fuck? setahu akulah, guru-guru ni berkhidmat untuk masyarakat, mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. bukan berkhidmat untuk mencuci jamban pemimpin barisan nasional. jadi, tak kira la, barisan nasional ke atau pakatan rakyat, siapa yang perintah, wajib bayar gaji guru. betul ke tak betul pendapat aku? kalau salah tolong betulkan.

ok, habis cerita pasal politik yang babi ni.

p/s: bangang apa bebual pasal politik? puihh!

Tuesday, April 26, 2011

darjah enam

tahun 1999, gua darjah enam. bila darjah enam, gua ambik UPSR. bila ambik UPSR, gua dapat 5A. bila dapat 5A, mak bapak gua gembira. bila mak bapak gua gembira, gua pow bapak gua hadiah kamera. bila bapak gua tau, bapak gua kata "okay". bila bapak gua kata "okay," bapak gua pegi kedai kamera. bila bapak gua pegi kedai kamera, bapak gua pilih kamera jenama Kodak. bila bapak gua dah pilih, bapak gua tanya harga. bila bapak gua tanya "berapa harga ni tauke?", tauke tu jawab "rm125." bila bapak gua nak beli, bapak gua kena bayar. bila kena bayar, bapak gua keluar duit. bila bapak gua keluar duit, bapak gua bayar. bila bapak gua dah bayar, bapak gua bagi kamera tu kat gua. bila gua dapat kamera tu, gua gembira.

"Jal, aku dapat hadiah kamera sebab dapat 5A," kata gua pada Faizal, tanda berkongsi kegembiraan.

"aku dapat 3A, bapak aku bagi hadiah duit. satu A rm50. cuba teka aku dapat berapa ringgit?" balas Faizal.

"aaa rm150?" jawab gua buat-buat layan teka-teki dia.

"peh pandai betul kau teka. 6th sense ke apa?" balas Faizal terpegun dengan kebolehan gua meneka dengan tepat.

"peh banyak tuu.. kau nak buat apa dengan duit tu Jal?" tanya gua.

"ada laa.. rahsia.. " jawab Faizal menguji perasaan ingin tahu gua.

tapi gua tak ingin sangat nak tau. yang gua peduli ialah gua dapat kamera filem gulung. lepas ni boleh la tangkap gambar orang ke, bunga ke, pokok ke. tak pun gambar anjing.

tak lama lepas tu, tiba musim raya. bila musim raya, gua pun join la kawan-kawan sekolah pergi beraya rumah kawan-kawan sekampung dan sebelah-sebelah kampung. kawan-kawan gua banyak duduk area dekat-dekat je. takde la sampai amsterdam ke, venezuela ke, costa rica ke. jadi, kos perjalanan jalan raya jadi jimat.

rumah Faizal pun gua dengan kawan-kawan gua pergi raya. bila pergi raya, biasanya duduk berbual kat ruang tamu layan kuih raya dengan sirap tak pun air gas.

masa tengah borak tu, gua terpandang dinding rumah Faizal. maksud gua, rumah abah dia. mata gua terpandang pada satu frame. gua tenung frame tu lama-lama. gua perhatikan frame tu, gua nampak ada benda macam kertas kaler hijau tiga keping. gua gelabah. tiba-tiba gua rasa berdebar-debar.

"betul ke apa yang aku nampak ni??" tanya gua kepada diri sendiri.

setelah betul-betul pasti, barulah gua tau apa Faizal buat dengan duit rm150 hadiah pemberian abahnya sempena mendapat 3A dalam UPSR.

Faizal.. Faizal..

Saturday, April 23, 2011

insomnia

gua.


manusia

sifat manusia.

ketika memiliki sesuatu, selalunya diabaikan.

tapi bila kehilangannya, baru nak meratap.


contohnya macam aku.


masa tak ada ubat migraine, bukan main lagi dia punya serangan. tiap-tiap hari.

tapi bila dah ada ubat, tak serang pulak?

dahh aku terpaksa abaikan ubat-ubat itu.

maafkan aku, ponston.


p/s: mintaklah kau penyakit, yob. mintak.

Friday, April 22, 2011

viva la mutalib


mutalib bekas askar yang gua cerita.


p/s: gua dapat inspirasi melukis dari
Pert Doherty. thanks Pert. mmuahs!

Wednesday, April 20, 2011

Mutalib

mutalib pernah ada kerjaya yang mulia, iaitu seorang perajurit negara. sampai ke tahap komando barangkali. selepas bersara dari bidang ketenteraan, beliau beralih arah ke bidang yang lebih mulia; pencacai di Majlis Perbandaran Kluang Utara. namun demikian, minatnya dalam bidang ketenteraan tidak pernah pudar sama sekali. bak kata noraniza idris, "tak lekang dek panas, tak usang dek hujan." katanyalah.

berikutan minatnya yang mendalam terhadap kerjaya askar, beliau berjaya memperoleh kerja sambilan sebagai jurulatih fizikal, yang bertumpu pada program-program motivasi budak sekolah sama ada peringkat rendah mahupun menengah. peringkat tadika beliau tak mohon.

sekitar tahun 2003, beliau mendapat tawaran menjadi jurulatih fizikal untuk program 'Kem Hijrah' yang dianjurkan oleh sekolah menengah sains johor, kluang. program ini dianjurkan khas untuk membentuk sikap disiplin memandangkan pelajar yang wajib menyertainya adalah pelajar yang pernah digantung sekolah, atau yang fail kes jenayahnya sampai tebal macam ensiklopedia binatang.

maka berlangsunglah program tiga hari dua malam itu seperti yang dijanjikan. program itu berlangsung di Hutan Rekreasi Ulu Denga, kluang. mutalib tanpa rasa ragu-ragu, kuat bersemangat dan dengan girangnya menjalankan tugasnya membentuk disiplin budak sekolah sains yang kurang berdisiplin itu.

sebagai jurulatih fizikal yang berlatarbelakangkan profession ketenteraan, aspek disiplin sangat dititikberatkan mutalib. di bawah kuku besi mutalib, budak-budak sains johor yang degil-degil itu dikerah, diherdik dan ditengking dan dihukum andai ada sekelumit silap di mata sepet mutalib.

oh lupa nak jelaskan rupa bentuk mutalib. mutalib bermata sepet dan sedikit meruncing ke atas di bahagian hujung mata, persis komunis. misainya tajam-tajam. pipinya bulat-bulat. rambutnya petak-petak. semangat askar masih jelas kelihatan pada potongan rambutnya. malangnya, perutnya tak cukup askar. biasa nampak perut askar pencen? hah macam tu lah.

"kamu.. kamu itu, budak sekolah sains mrsm mara! jangan kamu ingat kamu itu mahu seronok-seronok suka-suka. kamu mesti ingat itu! kamu.. kamu itu.. mak bapak kamu hantar kamu.. ke sekolah mrsm mara belajar! bukan kamu mengeehisap rokok! kamu.. kamu itu!"

gertak mutalib selepas beliau memaksa budak-budak yang pernah menghisap rokok mengaku kesalahan masing-masing. hari pertama saja, dah macam-macam mutalib ceramah. tapi kadang-kadang, bahasa pertuturannya kurang jelas pada telinga manusia biasa. mungkin gajah atau beruang sahaja yang mampu memahami mutalib. mutalib.. mutalib..

"saya punya latihan sangat ketat! saya yakin.. kamu tak tahan dengan latihan saya! besok mesti ada yang demam! saya gerenti!" gertak mutalib lagi penuh yakin. kali ini beliau menggunakan bahasa yang mudah difahami manusia.

mutalib bukan cakap kosong, sampai sahaja di hutan itu petang jumaat, selepas diceramah mutalib, budak-budak sekolah sains johor tanpa sempat menukar pakaian, terus dikerah memasang khemah dengan berbaju melayu putih dan bersampin. habis kotor baju budak-budak ni mutalib. kau memang tak pernah fikir perasaan orang, kan mutalib?

dari petang, hingga ke tengah malam, hinggalah ke awal pagi, budak-budak itu dijadualkan dengan bermacam-macam kegiatan fizikal dan rohani. memang memenatkan, lagi-lagi aktiviti yang diselia oleh mutalib. dia punya penat tuhan saja yang tahu. sampai ada budak sujud tak bangun-bangun waktu solat isyak. kira-kira jam 3 pagi barulah budak-budak dilepaskan untuk tidur.

"mutalib memang kejam!" kata hati setiap budak sains, rasa teraniaya dengan perlakuan mutalib.

hari kedua, seawal jam 5.30 pagi budak-budak dikejutkan mutalib. tapi kebanyakan budak bangun lewat dari yang dikerah mutalib. waktu solat subuh, semakin ramai budak-budak yang sujud lama sangat berbanding solat isyak pada malamnya. yang tak bangun terus sampai habis kuliah subuh pun ada.

selepas sarapan, mutalib mengerah budak-budak beratur ibarat latihan kawad, untuk diceramah kerana bangun lewat.

"saya boleh tidak tidur! dan saya juga tidak boleh tidak tidur!" laung mutalib.

"wtf?" kata budak-budak dalam hati.

"saya boleh tidur pukul 6 pagi dan bangun pukul 5 pagi! kenapa kamu tak boleh?!" jerit mutalib lagi dalam bahasa mutalib, bukan bahasa melayu biasa.

"wtf?" kata budak-budak lagi. dalam hati. tak puas hati.

namun selepas beberapa ketika, barulah budak-budak menyedari sesuatu tentang mutalib. tentang kehebatan mutalib melihat masa depan. serentak dengan itu, budak-budak teringat kata-kata mutalib semalam. pasti ada yang demam pada hari kedua. mutalib yakin. budak-budak pun mula yakin dengan mutalib. semua sepakat mengakui kebolehan mutalib melihat masa depan.

mutalib demam.

Monday, April 18, 2011

kepala

gua punya header tu memang tak boleh center ke? ni Manjo punya kerja la ni repair jadi senget.

biar la.

Sunday, April 17, 2011

Razali

"Ada Bonus Link card tak?" tanya amoi di kaunter sebuah stesen minyak Shell di Batu Pahat.

"Bonus Link? aa kejap," jawab gua, sebab gua macam teringat ada buat satu kad Bonus Link baru masa duduk Seri Kembangan tiga bulan. Tapi macam baru pakai dua kali.

"Hah, ada ada," ujar gua sambil hulur kad yang gua jumpa dalam wallet, di celah-celah tiga empat keping kad bank. Akaun bank sikit punya banyak. Duit dalam bank sikit pun tak ada.

Tapi, masa gua hulur kad tu, gua berasa hairan. Apa pasal kad tu dah buruk? Kad gua baru pakai dua kali. Baru dua bulan lebih gua buat. Apa pasal cepat sangat dah buruk? Takkanlah wallet gua berpuaka?

"Thank you," ucap amoi tadi tak sampai seminit kemudian sambil menghulurkan kad Bonus Link itu kembali ke tangan gua.

Gua terus belek-belek kad tu. Ceh, patut la buruk. Rupanya kad tu Nurhidayah yang punya. Bukan kad gua. Kan gua dah cakap kad gua baru lagi. Serta merta perasaan hairan sebentar tadi bertukar lega sebab gua yakin wallet gua tak berpuaka.

Tapi.. siapa Nurhidayah Akhmar bt Mohd Razali??

Friday, April 15, 2011

surat cinta buat gonjeng

masa duduk asrama dulu, gua dengan kawan-kawan satu geng ada satu rule atau code of ethics yang tak rasmi. 'the bro code'. cuma, bro code yang ini tak official. masing-masing kena faham sendiri.

contohnya, kalau gua baru balik dari kampung, gua bawak kerepek ubi, gua tak boleh makan sorang-sorang. gua kena tunggu semua ada, gua bukak depan semua orang untuk dikekah ramai-ramai. akibatnya, satu bungkus kerepek ubi seberat lima kilogram mampu dihabiskan dalam masa seminit dua puluh satu saat. memang 'geragas' orang jawa cakap.

atau, kalau hisap rokok empat orang, tapi gua sorang kena tangkap, gua tak boleh bukak mulut kantoikan lagi tiga orang. kes-kes jenayah lain pun macam tu jugak dia punya sistem.

bro code telah menyelamatkan gua dalam beberapa occasion. akibatnya, gua safe dari beberapa kes jenayah budak sekolah yang membabitkan penglibatan gua.

tapi, ada satu occasion yang mana gua tak pasti sama ada gua kena pakai atau tak bro code ini.

satu malam gua dengan gonjeng fly pegi beli roti canai kat taman intan. gua dengan gonjeng fly ikut pagar belakang padang A, berjalan kaki menuju ke taman intan melalui satu jalan laluan yang orang cakap port pocong dengan hantu cari kepala sendiri. masa aktiviti fly, soal hantu memang tak ada dalam kepala. yang penting, lapar sebab petang tak sempat makan, dewan makan dah tutup.

selesai bungkus makanan, gua dengan gonjeng berjalan pulang ke asrama melalui laluan keluar tadi. bila sudah hampir dengan padang, tiba-tiba ada bunyi benda bergerak dengan kelajuan anjing di belakang gua dan gonjeng. dalam gelap, tak nampak benda tu. tapi memang pasti ada sesuatu yang menggerunkan sedang menuju ke arah gua dan gonjeng. bila benda itu sudah hampir, sah, ada lembaga hitam sedang meluru laju ingin menyerang.

"woi, anjing bodoh!" gonjeng melaungkan amaran sambil memaki gua 'bodoh'. apahal?

lantas, gua dan gonjeng terus berlari selaju mungkin. gua tak pandang kiri kanan dan belakang. depan je gua pandang. gua bernasib baik sebab dikurniakan sepasang kaki yang cukup-cukup makan dia punya tangkas untuk melepaskan diri dari anjing.

namun, gua terlupa bahawasanya gonjeng, walaupun berfizikal tinggi, lariannya tidaklah setangkas akalnya memikat gadis dan memutar belit kawan-kawan. bila gua dah rasa selamat, gua pandang belakang untuk memastikan lokasi gonjeng. sangkaan gua, gonjeng betul-betul cucuk angin di belakang gua.

sangkaan gua meleset sama sekali. gua tinggalkan gonjeng lebih kurang seratus meter jauhnya. gua tak pasti sama ada gua lari terlalu pantas melepasi had keupayaan gua, atau gonjeng yang memang lembab nauzubillah dalam kerja-kerja berlari ni. nasib baiklah anjing bodoh tu dah berhenti kejar. jadi, gonjeng selamat dari cengkaman anjing bangang itu.

kejadian itu memberi kesan dalam hidup gua dan gonjeng. sampai sekarang gonjeng menuduh gua melanggar bro code dengan berlari lebih laju darinya lantas meninggalkan dia dan anjing itu jauh di belakang.

dan sampai sekarang, gua rasa bersalah. tapi kadang-kadang gua tak rasa sikit pun bersalah. gua sendiri tak faham kenapa kadang-kadang gua tak rasa bersalah.

tapi yang pasti, gua nak memohon maaf secara terbuka kepada gonjeng. lepas ni kalau kena kejar anjing, gua bagi lu lari dulu. anjing dah gigit kaki gua baru gua lari.

mintak maaf gonjeng. jasamu dikenang.

malam jumaat

malam jumaat.

lepas solat maghrib di surau al-hidayah iaitu surau rasmi kampung aku, aku stay bersama jemaah lain untuk menjayakan satu event yang memang setiap malam jumaat diadakan lepas maghrib. event membaca surah Yaasin dan tahlil ringkas secara beramai-ramai.

sebelum baca Yaasin, sempat lagi berborak hal perempuan dengan satu brader kat beranda surau. tapi itu cerita lain.

lepas baca Yaasin, masuk waktu isyak. lepas solat, tengah wirid, ada satu lipan bara menyusup masuk ke bawah timbunan sejadah yang terlipat di sebelah mimbar. semua jemaah steady, kecuali satu pakcik yang bersungguh-sungguh memburu haiwan itu tapi tak berjaya. apa jadi pada lipan itu seterusnya tuhan saja yang tahu. itu cerita lain.

lepas habis mengaminkan doa yang dibacakan imam, semua jemaah bangun bersalam sesama sendiri sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

selesai bersalam dan berselawat, ada jemaah yang mengerjakan solat sunat dan ada yang terus menuju ke pintu keluar.

aku termasuk dalam golongan yang malas mengambil pahala lebih mengerjakan solat sunat lalu terus menurut langkah satu pakcik yang berjalan mendahului aku menuju pintu utama. pintu yang menggunakan sistem sliding door sebagai sistem membuka dan menutup pintu. bercermin gelap seperti tinted cermin kereta sood belah tempat duduk belakang.

gedebuk!

"aduh!" pakcik yang berjalan depan aku mengaduh dengan kadar suara sedang-sedang. tak perlahan sangat, tak kuat sangat bunyinya.

pakcik itu, bukan pakcik yang memburu lipan tadi, tapi pakcik lain, gagal dalam cubaan keluar melalui sliding door tersebut tanpa membuka terlebih dahulu pintunya. ilmu tembus dinding barangkali.

"macam mana kau boleh tak perasan pintu ni tutup? bukan main gelap lagi cermin ni. mata kau taruk kat mana? kah kah kah kah!" kata hati aku sambil menepuk-nepuk bahu pakcik tersebut.

biadab rasanya kalau aku cakap betul-betul depan muka dia. cuma, aku tak dapat menahan senyum yang terukir secara tak sengaja dalam keadaan minda separa sedar. sorry pakcik.

"eh, tapi lipan tadi besar betul la yob!" ujar pakcik itu seraya membuka sliding door lalu melangkah keluar.

segan la tu. gua tau.

Thursday, April 14, 2011

kancil yang mencintai gadis elektrik

sejak relationship aku goyang sehinggalah aku bertukar status kepada 'available', aku rasa macam banyak betul benda-benda sekeliling aku yang betray aku. bagaikan tak merestui proses transformasi aku menjadi seorang lone ranger. paling ketara, kereta yang selalu aku redah ke sana sini.

kereta second hand bekas kepunyaan kakak aku, yang bertajuk binatang, yang kecil-kecil, yang spoilernya aku tak tau mana menghilang, yang pintunya macam nak tercabut kalau dipandu laju-laju, yang aku malas nak cuci itu, kerap kali menunjuk perasaan dengan membuat perangai-perangai babi di tengah jalan.

aku perasan perangainya menjadi-jadi sejak aku dan kereta itu berjauhan dengan seorang gadis elektrik yang comel. sejak aku menumpang tiga bulan di seri kembangan. sejak gadis comel itu jarang-jarang melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah pemandu, sampailah gadis itu hilang dari genggaman kuku besi aku.

serius, selama gadis itu menjadi penumpang setia kereta taraf rendah itu, tak pernah sekali pun kereta itu buat perangai. sekali pun tak pernah.

tapi, sejak dia berjauhan dengan kereta itu, sejak sekian lama tak menjadi penumpang setia lagi, macam-macam kerenah. mogok tak tentu pasal.

dengan drive shaft nak patah, radiator masalah, hos bocor, minyak hitam leaking, sport rim bengkok, alignment lari, sistem belting masalah, spoiler tanggal, clutch plate masalah, head lamp terbakar, sistem brake jadi macam sial. sampai aku tak boleh nak recall dah apa masalahnya lagi.

dalam masa tiga bulan sejak gadis itu jarang menjadi penumpang setia, sehinggalah gadis itu berhenti terus jadi penumpang setia, dekat seribu setengah ringgit berhabis buat baiki mana patut. memang cari gaduh.

aku rasa, kereta tu lagi ngam la dengan gadis tu berbanding aku. kurang ajar betul. nak gadis cantik je yang duduk dalam. lelaki gasar macam aku ni kau tolak tepi.

habis cerita pasal kereta.

semalam pulak, tengah sibuk layan perasaan dengar lagu 'stop crying your heart out', aku capai gitar tong jenama kapok. tengah nak strum ikut lagu tu, eh, babi apa tali nombor satu putus. memang tak nak bagi aku peluang langsung nak menghiburkan hati.

lepas tu baru aku teringat, aku beli gitar tu bersama-sama dengan gadis pujaan ramai itu. dan aku pernah petik gitar tu mainkan lagu depan dia kat tepi sebuah pantai barat yang tak cantik, panas terik dan tak ada angin langsung masa tu. macam yang aku pernah cerita dulu.

patut la gitar tu pun nak bersekongkol khianat aku. perangai macam manchester united.

aaa lepas tu, aku tak tau macam mana nak buat ayat penutup untuk cerita ni.

sekian.

Tuesday, April 12, 2011

penyakit

aku ada penyakit baru sekarang. selain migraine.

aku cenderung menaip SMS tanpa menggunakan short form. jadi, kalau SMS panjang aku tulis, memang sampai guna dua tiga page. kos penghantaran SMS bertambah dua hingga tiga kali ganda. dah la kalau celcom ke nombor selain celcom dah 6 sen satu SMS.

p/s: telefon bimbit aku adalah teknologi sepuluh tahun lepas.

berhenti

kebanyakan manusia yang tak pernah merokok memasang niat untuk cuba merokok. manakala setiap perokok terutamanya perokok tegar selalu memasang niat untuk berhenti merokok.

aku merokok sejak tingkatan tiga. tapi tak pernah sampai level perokok tegar. cuma baru-baru ni aku terjerumus ke kancah yang tak sepatutnya ini.

jadi, aku juga memasang niat untuk berhenti, sebelum aku disahkan menghidap penyakit gangren, kanser tekak, kanser paru-paru, kanser mulut, angin ahmar, chronic obstructive pulmonary disease, pneumonia, sakit jantung, komplikasi kehamilan, kehamilan pra-matang, gigi berkarat, dan lain-lain.

macam-macam cara nak berhenti merokok ni. tapi aku malas nak huraikan satu-persatu.

cuma, aku pernah dengar satu cara yang paling efektif untuk meninggalkan tabiat yang tak pernah langsung diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ini iaitu;

'merokok seberapa banyak yang kau mampu sampai kau nak muntah tengok rokok.'

aku tak tau siapa punya teori. aku terpaksa pilih cara ni sebab cara ni yang paling mudah nak diamalkan.

sekian.

p/s: aku pernah berhenti sebab perempuan. kali ni aku nak berhenti atas usaha sendiri. tapi, kalau tak jadi, aku terpaksa berhenti sebab perempuan. perempuan memang power.

Sunday, April 10, 2011

gajah

gua nak tulis lagi pasal hati, takut orang menyampah nak baca. gua jenis kisah apa orang nak fikir pasal gua. kalau orang menyampah kat gua, gua kecik hati.

jadi, lepas ni, gua akan cuba tulis pasal gajah.

Saturday, April 9, 2011

Skip James

projek aku dan irsyad sudah mula merangkak!

senang-senang lawatlah blogshop baru aku, projek niaga pre-loved stuffs secara online dan kecil-kecilan di kedai online;



(klik! klik!)


terima kasih aku ucapkan kepada irsyad yang belanja modal untuk fasa yang pertama, ibu bapa yang memberi sokongan dan kasih sayang tak berbelah bagi, kawan-kawan yang menyokong iaitu Nyolihin Judin, Undan Zawawi, serta budak-budak rumah sewa parit jelutong, dan tak lupa kepada Nad juga yang menyokong dari jauh, sahabat aku Sood yang menyumbang Nikon D3000 kepada aku (ambik terus boleh? kah kah), dan semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. oh juga kepada saudara Naim tauke Podshop yang memberi aku galakan dan semangat.

special thanks kepada sifu aku, Asri Shakdon, tauke Beginner Diver yang membantu aku mendapatkan stok, dan memberi ilmu serta tunjuk ajar. dan kepada Si Ketam juga.

terima kasih juga kepada kawan lama, Abu Zaher Yaser yang menyokong kuat usaha aku untuk terus berblog dan berbisnes.

kalau aku tertinggal nama sila sms aku, nanti aku terus edit tambah nama kau. hehe.

terima kasih semua.

mind the gap

sekarang ni, semua benda yang aku nampak dan yang aku dengar, kebanyakannya lah, macam memberi satu amaran, ingatan serta makna tertentu kepada aku.

contohnya, bila aku drive, aku terpandang signboard 'berhenti', tiba-tiba memberi maksud 'berhenti berharap' kepada aku. hehehe.

contoh lagi, kelmarin aku dengar lagu The Reason oleh Hoobastanks. tak pasal-pasal aku rasa sebak sampai dah nak menangis. tiba-tiba lagu tu bagi makna yang straight forward kepada aku. padahal selama ni kalau keluar lagu tu kat radio, aku tak ambik port pun. siap tukar channel lagi.

yang paling gampang sekali bila aku dengar Akon nyanyi Mr Lonely. boleh pulak aku terkuatkan radio. celaka kau Akon. celaka!

dan contoh paling makan dalam sekali, bila ada brader promote buku 'La Tahzan: Jangan Bersedih' macam yang aku cerita kat entri sebelum ni. shoot tepat kat muka aku. macam kena rembat dengan bola hasil rembatan kencang the cultured left-footed Van Persie.

tempoh hari pulak, aku dapat satu lagi amaran;

'mind the gap'. aku beli t-shirt Underground ni, selain daripada murah dicampur dengan nafsu shopping aku yang bertumpu di kedai-kedai bundle, juga menjadi amaran kepada diri aku sendiri supaya;

'sedar diri kau siapa. jarakkan jurang perhubungan kau dengan perempuan itu supaya tidak lebih daripada hubungan sebagai seorang kawan. perempuan itu sudah berpunya.'

dan ini pulak mesej dan amaran aku kepada peminat Tottenham Hotspurs yang sejak akhir-akhir mula bercambah di Malaysia selepas penglibatan Spurs di kancah Liga-liga Juara Eropah;

"Keep looking up at the league table. '6 years and counting' is nothing compared to '50 years and counting' of yours. mind the gap bollocks!" from Ashburton Grove with love.

we are The Arsenal!

p/s: ni lah dia t-shirt yang Manjo alter jadi senget. kurang ajar.

Thursday, April 7, 2011

rajin

malam tadi secara tak semena-mena gua menjadi rajin. lain macam dia punya rajin. punyalah rajin bekerja sampai gua tak sedar dah pukul 5.30 pagi. maksud gua bukannya gua bekerja lebih masa. gua tak berkerjaya lagi. tapi ada projek sikit yang gua nak tak nak kena rajin.

bukan projek sarjana muda.

dan perangai rajin gua menjadi-jadi menjelang subuh.

semalam gua call Manjo kedai repair seluar baju, gua tanya pagi bukak pukul berapa sebab gua nak ambik t-shirt Underground gua hantar kecikkan kelmarin.

"eh pukul tujuhhhh dah bukaakkkk dahhhh yobbbb...!" jelas makcik yang gua tuduh sebagai bini pakcik Manjo.

jadi pagi tadi gua datang lambat setengah jam, nak bagi chance Manjo laki bini opening-opening kedai dulu. pukul 7.30 gua sampai. tutup. orang tua kalau berbual kadang-kadang tak boleh nak percaya sangat. ceh.

tanpa lengah, gua terus pecut pergi bandar menuju ke pasar karat. sampai-sampai gua tengok-tengok barang sikit. hari biasa tak banyak bukak kedai macam hari minggu. sikit lagi gua nak beli helmet askar siap ada camouflage daun-daun. nasib baik harga dia rm45. gua tak jadi beli. kalau rm40 gua beli.

gua nak kena bertindak pantas masa tu. gua pegi satu booth bundle. gua angkat sehelai seluar. lepas tu gua terus pecut patah balik ke parit raja. ke kedai Manjo balik. ok dah bukak.

"baju ni pakcik kena potong dari luar sebab gambar dia tengah-tengah. kalau zaman muda-muda dulu pakcik potong dari dalam, lepas tu gambar dia senget, jadi tak centre. pakcik dah 40 tahun buat kerja ni. sebab tu pakcik bla bla bla.. kalau tak kang bla bla bla bla..." apabenda tah orang tua ni berbual. gua nak cepat ni.

tak sempat dia habiskan ayat, gua dah potong,

"berapa ni pakcik?"

"sembilan ringgit je," jelas pakcik tu.

gua bayar-bayar terus gua masuk kereta. gua belek-belek t-shirt tu. gua tengok jahitan. kemas. gua angguk-angguk kecil tanda puas hati. gua angkat bagi selari 90 darjah dengan permukaan bumi. gua tengok gambar kat tengah-tengah baju tu. senget. 40 tahun apa jadah! ceh!

gua malas nak bertumbuk dengan Manjo. sebab dia pun dah tua. kalau dia brader-brader, gua sound bila dah jauh. sebab gua jarang bertumbuk. lagipun gua takde ilmu bertumbuk. sebab tu gua kira halal je.

gua punya energy banyak lagi akibat gua save dari kegiatan bertumbuk. jadi, gua bergegas pulak ke rengit. pergi petempatan orang kuala yang banyak jual barang-barang terpakai. ada barang projek sikit gua nak beli. bukan projek sarjana muda.

pukul 10.09 pagi gua sampai. orang-orang kuala tak bukak kedai lagi. ceh, nak tidur sampai bila?!

lantas gua pekena roti telur sama kopi tarik lepas gua beli surat khabar orang putih. sebab gua tengok banyak orang-orang tua ngeteh pagi-pagi gitu. jadi, gua saja-saja beli surat khabar orang putih nak show off.

pukul 10.30 gua pergi semula ke kampung orang kuala tu. tak bukak lagi kedai. celaka betul perangai. gua terus pecut menuju ke bandar semula. kali ni gua roger sood. gua paksa dia temankan gua supaya gua tak jadi lone ranger sampai ke sudah. dia cakap dia nak pergi maybank dulu.

gua tunggu sood depan maybank seberang bangunan tm kat jalan rahmat. gua tunggu dalam kereta, parking tepi. gua macam biasa kalau tunggu orang gua termenung. gua pun terkenangkanlah nasib gua yang ditimpa macam-macam bala tahun ni. time-time macam ni gua mudah jadi sedih.

"assalamualaikum,"

tiba-tiba, datang sorang brader pakai kemeja kotak-kotak, seluar tinggi, berkaca mata, rambut sikat cantik-cantik belah tepi, dan berjerawat sana-sini, memberi salam.

"waalaikumsalam," jawab gua.

"ni saya ada jual barang sikit bang. ada cd ceramah bla bla bla.. zikir munajat bla bla bla.. ada buku sekali bla bla.." gua malas nak ingat dialog brader tu. sebab selama ni pun gua tak pernah berminat nak beli benda-benda yang orang jual tepi jalan.

"apa tajuknya ni bang?" tanya gua buat-buat berminat.

"'La Tahzan: Jangan Bersedih'," jawab brader tu sambil menunjukkan buku siap dengan cd ceramah.

gua terkedu. darah gua tiba-tiba berderau. gua mula berfikir, adakah tuhan on the spot terus 'hantar' brader tu promote buku 'Jangan Bersedih' semasa gua baru je start nak layan sedih? atau hanya kebetulan?

tanpa banyak cakap gua terus capai buku dengan cd tu dari tangan brader tersebut. gua beli. harganya rm10. gua terus bukak buku tu gua baca mukasurat pertama dan kedua. baru ayat pengenalan je dah kena tepat kat muka gua!

tak sempat gua nak sambung, sood call gua.

"gua kat maybank ni. mana lu?" soal sood.

"gua kat maybank jugak ni. depan tm. lu nampak gua tak?" soal gua balik sambil kepala melilau cari kelibat sood.

berbual punya berbual dalam telefon tapi tak nampak muka. rupanya sood kat maybank depan pejabat post. kat jalan rahmat jugak. ceh, berapa banyak maybank nak buat kat jalan rahmat?

sood ajak makan kat kedai pisang goreng paling famous kat bandar penggaram. dulu kedai buruk. sekarang dah kedai baru.

"pisang goreng dah ada buat?" tanya sood kepada pelayan kedai.

"ada ada," jawab pelayan itu angguk-angguk.

"aaa bagi mee goreng telur la," pesan sood. celaka.

"sama la," gua mencelah.

makan-makan, pung pang pung pang. cabut.

sood entah ke mana, gua singgah 'ninetynine bundle' dekat-dekat kedai tu. sempat jugak la gua menimba sikit ilmu kat situ. tapi gua tak beli apa-apa pun. pukul 1.35 petang, gua cabut balik rumah. sampai rumah pukul 2.00 petang.

sekarang, dah pukul 3.22 petang. memang waktu tidur gua. lagipun kepala gua dah nak pecah. jadi, gua nak tidur dulu. buku 'Jangan Bersedih' tu nanti bila dah bangun baru gua baca. gua tersengaja tinggal dalam kereta.

nite.

Sunday, April 3, 2011

hilang akal

petang tadi aku hantar kereta mak aku pergi car wash. lepas tu aku lepak rumah sewa kat parit jelutong. pukul 6 petang aku nak balik rumah. nak keluar parking, tergesel kereta akmal hakim. pecah lampu signal depan sebelah kiri.

"mak, nak mintak maaf sikit," ayat pertama aku sampai-sampai kat rumah.

"hah kau langgar apa pulak kali ni?" instinct mak aku memang takde siapa dalam kampung aku boleh challenge. lagipun memang aku ni jenis yang paling kuat sekali bagi eksiden kereta mak aku.

"tergesel kereta kawan masa nak keluar parking kat jelutong," balas aku dalam format standard, jenis yang tak rasa cuak langsung sebab dah biasa buat kereta mak aku eksiden.

lepas tu macam biasa, kena basuh.

...

"kau langgar kereta kawan kau yang hantar kau pergi bengkel kelmarin tu ke? yang kaler putih tu?" tanya mak aku lepas habis aku makan nasi.

"hah? hantar pegi bengkel? kaler putih? yang mana pulak?" soal aku balik kat mak aku. muka pelik.

"ya Allah. kau lupa ke yob?" mak aku pulak yang pelik.

aku diam. lama. pejam mata. picit kepala. cuba recall balik siapa yang hantar aku ke bengkel kelmarin.

"ohh.. bukan putih la mak. kereta kelabu, myvi. bukan langgar kereta tu. kereta kawan satu lagi. satria hitam," jawab aku konfiden sebab aku berjaya recall balik, selepas lebih kurang tiga minit aku cuba recall.

...

"nyol, hari tu irsyad kan yang hantar aku pegi bengkel ambik kancil aku? bawak myvi kelabu dia kan?" tanya aku kepada nyolihin judin. untuk kepastian.

"kepala hotak kau. don laa yang hantar kau!" jawab nyolihin sedikit hairan.

"lagipun, apasal pulak kereta irsyad kaler kelabu? myvi dia hitam la," sambung anak pakcik judin yang gemar ber-dressed-up stail korea selatan itu.

shit. baru aku ingat don yang hantar aku bawak kenari putih. lagipun irsyad datang parit raja esoknya, iaitu semalam. aku tak ingat langsung don ada datang parit raja kelmarin. lepas tu baru aku ada sikit memori yang aku duduk tengah-tengah antara dua orang kawan aku kat seat belakang dalam kereta don tu. tapi aku tak ingat siapa dua orang yang duduk belakang sama aku tu.

tapi, shit lagi sekali. luluh hati aku bila nyol recall yang ikut hantar aku cuma dia sorang je. so dalam kereta tu, cuma aku, don dan nyolihin judin.

"kau ingat tak petang tu kau datang cendol ejay lepak minum dengan kitorang?" tanya nyolihin. nak test aku.

shit lagi, baru aku teringat.

"hah, aku ingat! kita lepak tiga orang je kan? aku, kau dengan don," konfiden.

"kau ni biar betul? ada ateh dengan chucky sekali la masa tu!" lebih kurang macam tu lah nyolihin balas. sebab aku tak ingat dialog sebenar dia.

...

masuk hari ni, dah.. err.. empat ke lima hari straight aku diserang migraine. lima kot? aku lupa. kelmarin, sampai tiga kali aku kena dalam sehari. pagi, petang dengan tengah malam. eh, kelmarin ke? ke semalam punya kelmarin? entahlah, aku tak ingat!

dan migraine aku semakin menjadi-jadi sampai tahap aku dah mula hilang ingatan.

ok, aku sakit kepala lagi. nak tidur.

nite nite.