Monday, November 28, 2011

ultra samad

BUNUH ABANG KERANA HUTANG RM50

begitulah lebih kurang tajuk headline surat khabar kosmo hari ini.

"peh banganggg betul la!" tempik Razif sambil melempar akhbar tabloid itu.

"hah tu la orang zaman sekarang bang. pasal duit 50 ringgit pun boleh membawak sampai berbunuh. abang sendiri pulak tu," celah Katy yang sedang mengetip kuku.

"ah bukan pasal tu abang mengamuk. abang mengamuk pasal surat khabar ni tulis 'Harimau Malaya Memalukan Negara'. tak patut laa media tulis macam tu. tak patriotik langsung! bila menang bukan main puji. pui!" jelas Razif sambil meludah sipi-sipi je nak kena betis Katy.

"ah dah memang betul pun memalukan. apa gila sepuluh minit Bahrain boleh kambek sampai menang 3-2? Liverpool pun tak boleh buat macam tu," balas Katy setuju dengan surat khabar.

"ah Katy ni pun sama je dengan surat kabar. bila menang puji-puji. bila kalah bising-bising. diorang tu main bola bukan main letih kejar bola sana-sini. ingat tak penat ke? bagi la sapot sikit kalau ye pun kalah. ini keje asik nak kutukk jee! baik tak payah jadi orang Malaysia la gini...!" amuk Razif lagi.

"eh yang abang ni apahal? bukan main bekap lagi kat player Malaysia. main bangang pun abang bekap. kang saya cakap abang sama bangang macam diorang kang jatuh nusyuz plak saya ni kang," ujar Katy kurang puas hati.

"abang ultra malaya! menang sapot kalah pun sapot. Katy apa tau?" jelas Razif.

"eleh.." bisik Katy malas nak bergaduh hal bola dengan suaminya.

...

"Samad!"

terkejut Samad bila abahnya teriak namanya betul-betul sebelah telinga Samad.

"mana buku repot kau? wah.. ko ingat abah tak tau ko dah dapat nombor periksa? senyap-senyap je ko ye? ko dapat nombor berapa periksa hari tu?" soal Razif bertalu-talu.

"er.. nombor tiga dari bawah abah.." jawab Samad gugup sambil jalan mengundur menjauhkan diri dari abahnya yang garang.

"amboi powernya ko Samad! ko ni nak jadi apa Samad? tiap kali periksa ko dapat nombor corot. kalau main bola power takpe la jugak. boleh abah daftar ko masuk akademi Manchester United jadi macam Ramli dalam iklan tu. ni main bola pun level-level Pert. jadi keeper pun sayur. apa pun tak boleh pakai la ko ni!"

"eh bapak dulu bukannya Newcastle ke? ni apahal tiba-tiba MU plak ni? bapak ni glory hunter betul la.." kadang-kadang Samad kuat menjawab.

"eh menjawab pulakkk ko Samad ko! ko jangan sampai aku kamehameha muka kau Samad!!" ugut Razif yang semakin berang.

"Dah la tu bang. Samad tu bukannya tak stadi langsung Katy tengok. dia dah cuba sedaya-upaya tapi dapat nombor corot jugak. dah itu rezeki dia tuhan bagi. tak payah la nak mengamuk sangat. udah-udah la tu bang," Katy mencelah bertindak sebagai bekap kepada Samad.

"yang Katy ni dari dulu tak sudah-sudah nak membekap si Samad ni apahal? mana la tak makin bengap budak ni jadinya. naik lemak!" saun Razif balik.

"Katy ultra Samad. abang apa tau?" balas Katy.

Thursday, November 17, 2011

Grutus

"kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring!"

bukan main lama bunyi jam loceng Grutus berbunyi barulah si Grutus tersedar dari tidur yang lena.

"bising betul!" getus Grutus dengan muka tak puas hati.

kalau jam loceng itu berupa bentuk muka Haji Najib, sudah ditamparnya jam loceng itu. entah apa yang dia tak puas hati sangat dengan Haji Najib, Grutus pun tak pasti. hal tak pasti itu memang bukan perkara luar biasa memandangkan Grutus merupakan anak sedara Mayuzi. tak kenal sudah.

jarum jam menunjukkan pukul empat pagi. termasuk hari ini, sudah genap seminggu Grutus menggagahkan diri bangun awal pagi untuk mengerjakan solat malam dan bermunajat. Grutus mahu berubah. itulah azam dan tekad Grutus sempena sambutan hari raya haji tahun itu.

Grutus selak selimut dan bingkas bangun dari katil. tiba-tiba Grutus tersegan sendiri. baru Grutus teringat dia tidur bogel malam itu. selalunya dia tidur pakai seluar dalam. tapi memandangkan seluar dalamnya habis di'rotate' untuk minggu itu, Grutus tidur tanpa seurat benang malam itu.

Grutus capai tuala dan disangkutkan di bahunya. Grutus menuju bilik mandi untuk membersihkan diri dan berwuduk.

...

"sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala," niat Grutus dalam hati untuk ibadatnya yang pertama pagi itu iaitu solat taubat.

usai solat taubat, Grutus meneruskan 'qiamullail'nya dengan solat sunat tahajud pula sebelum mengakhirinya dengan solat witir sebagai penutup solat-solat sunatnya. seperti 'qiamullail-qiamullail' sebelum ini, bersungguh-sungguh Grutus melakukan ibadahnya. Grutus betul-betul mahu insaf.

selesai bersolat sunat, berzikir, bertasbih, berdoa, dan sebagainya, Grutus melakukan sujud syukur untuk mengakhiri sesi 'qiamullail'nya.

"haih segar lagi ni. alang-alang, aku tunggu subuh je la terus," Grutus berbual sendirian sambil memandang jam yang menunjukkan pukul lima pagi.

sementara menunggu azan subuh berkumandang, Grutus buka internet. Grutus baca One Piece.

...

"kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! kring!"

jam loceng Grutus berbunyi lagi. sudah pukul sembilan pagi. Grutus langgar subuh lagi.



Tuesday, November 15, 2011

kutu

"kau tau tak ada posibeliti yang Socrates dengan Luqman al-Hakim tu dua orang yang sama," kata Harun membuka topik baru selepas habis berborak pasal makwe panjang lebar sebelum itu.

"aiseh tinggal sebatang plak," keluh Harun sambil mengeluarkan rokok terakhirnya pada sesi mengeteh kali itu lantas menyalakan rokok gaya abang-abang.

"aku ada baca-baca jugek pasal tu. tapi point-pointnya aku tak ingat sangat," celah Sidek mengangguk tanda setuju.

"point yang pertama, ajaran Socrates dengan Luqman Hakim ni sama. iaitu tuhan itu cuma ada satu. time tu orang kat Athens sibuk dengan ajaran yang dewa ada banyak jenis," terang Harun.

"lepas tu si Socrates ni pun memang jenis orang pandai lebih kurang macam Luqman Hakim jugak pandainya. aku macam pernah terbaca satu quote Socrates memang sebiji macam quote Luqman Hakim, tapi aku tak ingat dia cakap apa," sambung Harun lagi.

"satu lagi yang orang samakan dengan Luqman ni cara mati Socrates. dia mati kena paksa telan racun. lepas tu perkataan telan tu sebut dia 'laqman' dalam Arab. pastu kalau ikut tulis Arab dimelayukan jadi ejanya 'Lqman'. tinggal tukar 'baris atas' dengan 'baris depan' kat hurup 'lam' tu. sebutan 'a' tukar jadi 'u'. tak paham sudah," eksplen Harun panjang lebar.

Sidek main hanset. celaka.

"ada lagi yang orang tulis cakap si Socrates ni kemungkinan jugek nabi yang diturunkan untuk kaum Athens. ini pun tak mustahil jugek sebab ada satu surah dalam Quran sebut yang tuhan turunkan nabi dan rasul yang tuhan ceritakan ke kita. tapi ada jugak tuhan turunkan nabi dan rasul yang tuhan tak ceritakan ke kita. hah kira besar tu pointnya tu. kita tau nabi keturunan orang arab sama israel je. kita mana tau ada nabi india ke, nabi switzerland ke, nabi jerman ke kan.. tuhan je yang tau ye dok?" berdedai-dedai Harun cerita.

Sidek main hanset.

Harun pandang keliling. pelanggan-pelanggan warung Pak Janggut semakin beransur pulang sehingga tinggal mereka berdua saja.

"pukul satu dah.. patut la," kata Sidek menyedari malam kian larut. justeru dibakarnya Surya sebagai tanda belum nak beransur pulang lagi.

"eh ni macam dah nak tutup je kedai," balas Harun dengan nada sedikit cuak. apa benda yang dicuakkan pun tak tau la Harun ni.

"lek lu. sebatang la last," pujuk Sidek.

Harun capai Sidek punya Surya. kelihatan makcik kedai sedang kemas-kemas kedai. Sidek sama Harun buat tak endah sambung berbual pasal Socrates dan Luqman al-Hakim.

sedang sedap berbual pungpangpungpang, makcik kedai mendekati table Harun sama Sidek. dengan tak semena-mena makcik itu terus menterbalikkan meja yang berbentuk bulat itu. pecah berderai gelas minum Harun sama Sidek atas lantai.

"balik," tenang makcik kedai itu memberi arahan.

Harun sama Sidek terkocoh-kocoh menyeluk saku masing-masing lalu menghulurkan seringgit.


sumber al-Quran: Surah an-Nisa' ayat 164-165.