Monday, December 31, 2012

Afif

Pada suatu hari, aku membuka blog Afif. Jadi aku ingin bercerita perihal Afif. Jaga-jaga.

Afif adalah seorang lelaki dewasa yang suatu masa dulu adalah seorang punk tegar walaupun namanya agak keanak-anakan dan tidak melambangkan punk langsung. Tambahan pula gambarnya masa berumur bayi dulu amat comel nak mampus siap berjubah dan berketayap. Macam syaitan bila menginjak usia remaja menjadi punk.

Afif ini dahulunya adalah seorang pemuda berambut afro, berbaju yang bukan-bukan, berseluar ketat serta berkasut Creepers. Imej sebegini pernah menjadi umpatan sesetengah pelajar perempuan yang mementingkan paras rupa demi menjamin masa depan hidup berkeluarga yang cerah.

"Ya Allah, kenapa rambut dia macam tu?"

Begitulah contoh komen seorang pelajar perempuan apabila berselisih dengan Afif. Umpatannya itu amat jelas didengar Afif. Nasib baiklah Afif ini jenis yang easy going dan tidak sampai hati untuk menumbuk muka seorang gadis yang naif.

Afif pada masa itu bila bersuara, percakapannya persis seorang yang kurang menggunakan akal serta tidak memikirkan langsung perasaan orang lain. Namun begitu, dia seorang sangat peramah dan mudah mendekati gadis-gadis cantik. Malangnya gadis-gadis itu hanya menganggap Afif sebagai tempat persinggahan. Kasihan Afif.

Tapi itu adalah kisah beberapa tahun lepas.

Setelah lama tidak membuka blog Afif, aku terkejut kerana tulisan Afif di blognya sekarang sudah terlampau berubah. Tidak seperti Afif yang aku kenal. Artikel-artikel tulisannya yang berkisarkan tentang hal-hal kejuruteraan berat, perniagaan minyak dan gas, tips-tips temuduga serta yang berkaitan dengan hal-hal korporat amat sukar untuk aku baca dan hadam. Ianya terlalu tragis.

Afif juga sekarang menjadi segak berpakaian. Rambutnya sudah tidak afro seperti dulu malah sudah berubah menjadi lurus, kemas dan tersisir rapi. Tiada lagi seluar ketat dan baju bukan-bukan seperti dahulu.

Aku berasa amat kecewa dan sedih disebabkan hal ini. Aku mengesyaki tubuh Afif telah dikuasai saka lalu perilaku Afif serta kebolehannya menggunakan akal telah berubah sepenuhnya. Mungkinkah roh Afif yang sebenar sedang terperangkap di dimensi lain sehinggakan dia tidak dapat kembali ke tubuhnya sendiri?

Sehingga artikel ini ditulis, Afif masih belum pulih seperti sediakala. Jadi, aku menyeru kepada sahabat-sahabat semua, sama-sama kita berdoa supaya roh Afif dapat dikembalikan semula ke tubuhnya dan supaya saka yang mengusai tubuhnya itu dapat meninggalkan tubuh Afif dengan aman.

Kembalilah Afif.

Saturday, December 29, 2012

Perihal sikap

Pada suatu hari, gua bergurau dengan sahabat-sahabat berkaitan hal yang langsung tiada berfaedah.

Akhirnya gua mendapat komplen seperti ini:

"Sikap lu memang babi Yob," - Fauzi

Thursday, December 27, 2012

Cubaan

Cubaan menulis menggunakan talipon bimbit.

Macam setan. Tak best nak mampus.

Shalom.

satu

"satuuuuuuuuuuuuuu....!"

kepala hotak kau la najib.


hai

hai, nama saya ayob. impian hidup saya di dunia ini adalah untuk berkahwin dengan nadira binti johari halim shah dan membina keluarga bahagia serta melahirkan beberapa pemain bola sepak arsenal yang handal dan beriman. manakala impian saya untuk kehidupan selepas meninggal adalah untuk masuk syurga.

akhirnya

apa benda ni? kah kah kah kah kah!

*akhirnya berjaya jugek aku sign in blog jahanam ini setelah cubaan sebanyak sembilan kali. babi cemana boleh lupa email sama paswed. babi betul van persie.

Tuesday, May 8, 2012

filem

mengambil kira scene politik tempatan yang kucar kacir sekarang ini, aku mengambil keputusan untuk lebih takut dengan kebodohan scene filem tempatan.

jadi, oleh sebab aku bekerja membanting tulang untuk terus hidup dengan berkhidmat untuk kapitalis, aku tulis lain kali lah pasal industri filem tempatan. kalau rajin, bila aku balik kerja nanti.

ok lah. aku pergi kerja dulu.


Sunday, April 29, 2012

PTPTN

aku baru semalam sebenarnya tengok video budak budak universiti camping kat dataran merdeka.

tiba-tiba aku bercita-cita nak jadi pegawai dbkl lepas tu nak ludah muka si gemuk tu.

Bersih 3.0

Hari Sabtu 28 April 2012.

Gua bangun tidur, jenis betul betul punya bangun, pukul empat petang.

Keputusan akhir; Stoke City 1 : 1 Arsenal.

Ah pegi la mampus.

Friday, February 10, 2012

urban

semalam aku singgah ke kinokuniya. duduk dalam lama lama buat aku tak senang duduk. aku perhati seekor seekor ulat buku yang merayap dalam tu. 'peh, aku paling tak urban' bisik hati aku. nak jalan tengok buku pun aku jadi segan segan. maklumlah pertama kali ke situ.

aku capai dua biji buku palahniuk, aku keluarkan baucar 1malaysia. 'peh, sayur betul bayar pakai baucar' bisik hati aku lagi. dengan segan segan aku hulur dua keping baucar yang dah kotor kotor akibat tersimpan dalam dompet-versace-hitam-jumpa-dalam-kotak-kakak-aku-lima-tahun-lepas.

setel bayar, aku tarik tangan makwe aku keluar kinokuniya.

"dah la. jom lah kita pegi makan kat Chillis,"

sampai kat Chillis, ada orang sambut,

"welcome sir. table for two?"

"yes, please."

habis makan, gua mintak bil. RM82.50 untuk dua orang.

okay, sekarang gua dah urban. gua dah tak sayur.

keh keh keh. kelumpo, kelumpo..

Tuesday, January 3, 2012

UPSI dan perjuangan 1

Assalamualaikum dan shalom 1Israel.

semalam ada satu sahabat suruh aku tulis pasal UPSI iaitu pandangan aku pasal isu-isu mahasiswa UPSI. aku sebenarnya tak tau apa-apa pun pasal isu budak-budak UPSI ni selain kes Adam Adli (betul ke aku petik nama ni? malas nak double check).

sesungguhnya hamba Allah yang kerdil ini agak sibuk dengan tuntutan-tuntutan sistem akademik yang semestinya bakal menjerumus ke arah memenuhi ketamakan kapitalis. itu pun kalau diijinkan tuhan lah. jadi, untuk mengambil port tentang isu-isu yang tak mungkin akan memberi kesenangan kepada kerja-kerja aku itu adalah satu tindakan kurang bijak.

jadi, aku malas nak mengulas pasal isu itu sebab aku malas nak baca. tapi, ada sikit yang aku tau pasal UPSI berdasarkan satu buku yang aku sedang baca. kebetulan pulak terselit sikit. jadi aku tulis sikit sini.

ok lah, tajuk yang pertama: Belia Malaya

pada masa dahulu, sekitar tahun 1930-an, UPSI masih dikenali sebagai SITC (Sultan Idris Teaching School). pada waktu ini, terbentuknya satu organisasi yang mengikut model Pemuda Sumatera dan Pemuda Jawa di Indonesia. organisasi ini; Belia Malaya dipimpin oleh antaranya Ibrahim Yaacob dan Hasan Manan. nama lain malas pulak aku nak menyebutnya. cukuplah dua tu. Mungkin akibat takde teknologi media percuma contohnya fesbuk dan youtube macam sekarang, ideologi organisasi ini cuma terbatas dalam maktab saja. akhirnya bila budak budak maktab ni habis belajar, Belia Malaya pun terkubur begitu saja sebab semua ahli dan pemimpinnya masing-masing menjadi cikgu yang mengajar kat sekolah kampung dan bersepah sepah seluruh Malaya.


ok lah, aku nak pergi mengeteh dulu. nanti nanti aku sambung.

shalom.