Tuesday, March 22, 2011

telefon selular

waktu menunjukkan tepat jam 2.00 pagi di batu pahat, bersamaan jam 11.00 malam di karachi dan 8.00 malam di istanbul.

telefon selular keluaran sekitar tahun 2004 kepunyaan aku tak berbunyi sejak jam 9.00 malam tadi, waktu batu pahat. satu keadaan yang aku anggap paranormal sejak aku bergiat dalam bidang penggunaan telefon selular secara serius selama lebih kurang 6 tahun lepas.

aku capai telefon selular yang pecah skrinnya itu dengan satu perancangan yang teliti - menaip sesuatu dalam format sistem pesanan ringkas, seterusnya menghantar teks ringkas itu kepada seseorang, lantas mengakibatkan telefon selular perempuan itu berbunyi, kesan daripada aktiviti penghantaran teks ringkas oleh aku.

setelah melalui beberapa saat perasaan gementar melampau, aku cekalkan hati dan menaip;

"nite!" - dalam hati.

rancangan gagal.

...

2.20 pagi.

"ting tong!"

satu teks ringkas aku terima dari dia.

"yahu!" jerit aku dalam hati sambil membayangkan aku sedang melompat kegembiraan. aku malas nak lompat betul-betul sebab mengantuk.

"kenapa delete fb?" kata teks ringkas itu.

...

aku tak cukup kuat.

No comments: