aku baru semalam sebenarnya tengok video budak budak universiti camping kat dataran merdeka.
tiba-tiba aku bercita-cita nak jadi pegawai dbkl lepas tu nak ludah muka si gemuk tu.
Sunday, April 29, 2012
Bersih 3.0
Hari Sabtu 28 April 2012.
Gua bangun tidur, jenis betul betul punya bangun, pukul empat petang.
Keputusan akhir; Stoke City 1 : 1 Arsenal.
Ah pegi la mampus.
Gua bangun tidur, jenis betul betul punya bangun, pukul empat petang.
Keputusan akhir; Stoke City 1 : 1 Arsenal.
Ah pegi la mampus.
Saturday, April 21, 2012
Friday, February 10, 2012
urban
semalam aku singgah ke kinokuniya. duduk dalam lama lama buat aku tak senang duduk. aku perhati seekor seekor ulat buku yang merayap dalam tu. 'peh, aku paling tak urban' bisik hati aku. nak jalan tengok buku pun aku jadi segan segan. maklumlah pertama kali ke situ.
aku capai dua biji buku palahniuk, aku keluarkan baucar 1malaysia. 'peh, sayur betul bayar pakai baucar' bisik hati aku lagi. dengan segan segan aku hulur dua keping baucar yang dah kotor kotor akibat tersimpan dalam dompet-versace-hitam-jumpa-dalam-kotak-kakak-aku-lima-tahun-lepas.
setel bayar, aku tarik tangan makwe aku keluar kinokuniya.
"dah la. jom lah kita pegi makan kat Chillis,"
sampai kat Chillis, ada orang sambut,
"welcome sir. table for two?"
"yes, please."
habis makan, gua mintak bil. RM82.50 untuk dua orang.
okay, sekarang gua dah urban. gua dah tak sayur.
keh keh keh. kelumpo, kelumpo..
Tuesday, January 3, 2012
UPSI dan perjuangan 1
Assalamualaikum dan shalom 1Israel.
semalam ada satu sahabat suruh aku tulis pasal UPSI iaitu pandangan aku pasal isu-isu mahasiswa UPSI. aku sebenarnya tak tau apa-apa pun pasal isu budak-budak UPSI ni selain kes Adam Adli (betul ke aku petik nama ni? malas nak double check).
sesungguhnya hamba Allah yang kerdil ini agak sibuk dengan tuntutan-tuntutan sistem akademik yang semestinya bakal menjerumus ke arah memenuhi ketamakan kapitalis. itu pun kalau diijinkan tuhan lah. jadi, untuk mengambil port tentang isu-isu yang tak mungkin akan memberi kesenangan kepada kerja-kerja aku itu adalah satu tindakan kurang bijak.
jadi, aku malas nak mengulas pasal isu itu sebab aku malas nak baca. tapi, ada sikit yang aku tau pasal UPSI berdasarkan satu buku yang aku sedang baca. kebetulan pulak terselit sikit. jadi aku tulis sikit sini.
ok lah, tajuk yang pertama: Belia Malaya
pada masa dahulu, sekitar tahun 1930-an, UPSI masih dikenali sebagai SITC (Sultan Idris Teaching School). pada waktu ini, terbentuknya satu organisasi yang mengikut model Pemuda Sumatera dan Pemuda Jawa di Indonesia. organisasi ini; Belia Malaya dipimpin oleh antaranya Ibrahim Yaacob dan Hasan Manan. nama lain malas pulak aku nak menyebutnya. cukuplah dua tu. Mungkin akibat takde teknologi media percuma contohnya fesbuk dan youtube macam sekarang, ideologi organisasi ini cuma terbatas dalam maktab saja. akhirnya bila budak budak maktab ni habis belajar, Belia Malaya pun terkubur begitu saja sebab semua ahli dan pemimpinnya masing-masing menjadi cikgu yang mengajar kat sekolah kampung dan bersepah sepah seluruh Malaya.
ok lah, aku nak pergi mengeteh dulu. nanti nanti aku sambung.
shalom.
Subscribe to:
Posts (Atom)