'Nyawit' adalah istilah tidak rasmi sebahagian besar penduduk Batu Pahat yang membawa maksud 'memetik kelapa sawit' atau 'mengait kelapa sawit' (menggunakan sabit). Ada juga yang menggunakan istilah 'motong' (memotong buah) iaitu memotong batang sawit supaya buah kelapa sawit jatuh ke bawah. Cukuplah dengan definisi.
Setelah sekian lama aku meninggalkan scene menyawit, hari ni aku dipaksa melakukan semula perbuatan yang mendatangkan penat nak meninggal itu. Ada juga orang kampung sebelah aku yang meninggal akibat kepalanya dihempap kelapa sawit yang sedang jatuh dari ketinggian kira-kira 4 meter di atas pokok.
Sejak darjah 4 lagi aku mengikut bapak aku pergi nyawit di kebunnya. Bapak aku bukanlah pesawit tegar. Namun bagi seorang orang kampung yang true, berkebun adalah satu kewajipan. Termasuklah aku sepatutnya. Kebun seluas 4 ekar itu beliau warisi dari arwah bapaknya iaitu atuk kepada aku yang datang dari Sulawesi. Kebun yang dulunya ditanam pokok getah ditebang oleh bapak aku semasa aku tadika untuk ditanam kelapa sawit. Jadi, masa aku darjah 4, pokok-pokok itu pun mula membuahkan buah kelapa sawit, bukan buah epal. 3 tahun lepas tu, aku pergi melanjutkan pelajaran sebagai tingkatan 1 di sekolah asrama di Kluang. Jadi, aktiviti menyawit aku menjadi semakin jarang-jarang.
Hari ini, iaitu 13 tahun kemudian, aku keluar ke kebun seawal jam 9 pagi dengan pakcik sebelah rumah aku iaitu abang kepada bapak aku. Malas bodoh nak pegi. Tapi aku gagahkan juga berbekalkan air sirap dan pisang goreng.
Dalam perjalanan ke kebun yang terletak di Kampung Parit Haji Rais itu, aku menunggang motor dengan membawa sabit melalui depan Kampung Parit Lapis Baru (sebelah kampung aku). Ada court futsal tepi sungai. Lepas tu ada budak-budak UTHM (termasuk nad) tengah senamrobik. Program anak angkat la tu. Nasib baik aku tak ada hati nak join program-program macam tu. Kalau tak, tak pasal-pasal aku jadi anak angkat kat kampung sendiri pulak kang.
Sampai kebun je terus kerja. Baru setel satu ekar yang pertama, aku dah pancit gila babi. Kelapa sawit tu kalau takat berat budak darjah 2 tu ok lagi, ni siap ada berat abang budak darjah 2 lagi. Ini la akibatnya lama sangat tak nyawit. Masa darjah 4 dulu rilek-rilek je aku nyawit. Bulan puasa pun aku tahan. Ini dia punya penat macam, katalah kau player bola, lepas tu kau injured 18 bulan. Baik-baik je injured, dengan kau tak match-fit, terus je lenjan main kuarter final Champion League lawan Barcelona. Mana tak pancit.
Lepas setel satu setengah ekar, aku rilek-rilek kejap. Tengok semut beratur jalan atas tanah. Tiba-tiba nampak tapak khinzir. Merata-rata pulak tu. Babi betul la khinzir ni. Kalu suci takpe. Ini dah la najis mughalazah, main-main kat kebun bapak aku pulak. Menyusahkan masyarakat Islam setempat betul. Siap ada tapak khinzir kecik gila. Mesti mak khinzir bawak baby khinzir jalan-jalan. Kau ingat comel? Babi betul.
Akhirnya setelah berhempas-pulas selama 4 jam setengah, setel juga akhirnya. Sawit-sawit terakhir tu, aku angkat separuh mati baru boleh naik. Sampai macam nak pitam. Tenaga aku dah habis langsung. Balik-balik rumah, lepas makan aku terus jalan (tidur). Bangun-bangun je rasa macam nak demam, membuatkan maruah aku sebagai orang kampung yang true sedikit tercalar.
Saturday, May 15, 2010
awards
Hai dah setahun takde dapat award-award camni. Tetiba dapat plak. Terima kasih la izma. Kau je satu-satunya cakap aku beautiful.

Rules to accept the award:
Lucky blogger to receive from me
Semua yang mengenali diri saya, dengan ucapan selamat hari guru.
7 Things about me
1. Lelaki
2. Islam
3. Baligh
4. Berakal
5. Sihat
6. Merdeka
7. Bermastautin
Wajib pergi sembahyang jumaat.
.....
Ada lagi satu award. Izma jugak yang bagi. Sekali harung la ye satu entri.
7. Bagi award ni kat 15 blogger lain..
Tak nak bagi

Rules to accept the award:
1. Thank & link da person wh0 gave u da award..
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic
3. Contact said blogs let them know they've won the award
4. State 7 things about yourselfLucky blogger to receive from me
Semua yang mengenali diri saya, dengan ucapan selamat hari guru.
7 Things about me
1. Lelaki
2. Islam
3. Baligh
4. Berakal
5. Sihat
6. Merdeka
7. Bermastautin
Wajib pergi sembahyang jumaat.
.....
Ada lagi satu award. Izma jugak yang bagi. Sekali harung la ye satu entri.
2. Nama samaran kamu..
Pablo Honey
3. Berikan 3 orang yang kamu sayang..
Berikan apa?
4. Panggilan untuk si Dia..
Oi!
5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang..
Baby. keh keh keh
6. Blog mane yang korang suke follow..
Rahsia
Tak nak bagi
Tuesday, April 27, 2010
Tuesday, April 13, 2010
darjah dua
Tahun 1995 merupakan batu loncatan buat aku sebab aku telah berjaya naik ke darjah dua. Musim pertama aku di sekolah rendah berakhir cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam setiap peperiksaan. 'Arsenal's 49 unbeaten record' merupakan satu rekod yang dapat menggambarkan kejayaan aku sebagai darjah satu.
Jadi, pada suatu hari aku baring-baringlah macam biasa atas karpet. Entah macam mana aku tertidur depan jam dinding. Maksud aku, jam dinding tu lebih kurang selari dengan mata aku kalau aku pandang 60 darjah ke atas. Nyenyak juga aku tidur. Mimpi macam biasa, yang bukan-bukan.
Tengah mimpi tu, tiba-tiba aku tersedar dari tidur. Bukak je mata, terus terpandang pada jam dinding. Jarum menunjukkan jam tujuh.
"Alamak, dah pukul 7 pagi! Apasal mak tak kejut aku pegi skolah?" bentak hati remaja aku.
Aku terus bingkas bangun, capai tuala, dan terus mandi. Gelabah juga masa tu, sebab aku selalu bangun pagi pukul 6.30 pagi untuk siap-siap pegi sekolah. Sebagai pelajar cemerlang, aku mesti mengekalkan disiplin aku seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah masa darjah satu.
Selesai mandi, aku terus siap-siap pakai baju sekolah. Tapi aku rasa sikit pelik. Tak nampak pula kakak aku siap-siap pegi sekolah. Aku jengah ke luar rumah. Eh, apasal pulak dia tengah main basikal? Aku terus ke dapur mencari mak aku yang aku fikir sedang buat sarapan, untuk mendapatkan penjelasan.
"Mak, kakak tak pegi sekolah ke?"
Mak aku terpinga-pinga pandang aku yang tengah sibuk kancing butang baju sekolah.
Belum sempat mak aku bagi penjelasan, tiba-tiba berkumandang suara bilal melaungkan azan menandakan masuknya waktu maghrib.

Friday, March 5, 2010
hutang
Ayob : Oi Napi. Ambik ni tiga ringgit, ganti duit kau bayarkan aku time minum kat kedai bapok tadi.
Napi : Mekasih. Pet, aku hutang kau tiga ringgit kan hari tu? Nah hambik ni.
Pet: Mekasih. Yob, ambik ni tiga ringgit, ganti duit futsal kau bayarkan aku tadi.
Ayob: Mekasih.
Dunia ni, kecil kan? Macam haram.

Subscribe to:
Posts (Atom)