Monday, May 16, 2011

peti ais kecil

sepanjang hayat gua selama 24 tahun hidup di bumi tuhan ini, gua tak pernah langsung membayangkan bahawa mengangkut peti ais dari batu pahat ke senai rasanya sangat seronok. seronok sangat. bagaikan mengangkut peti ais dari batu pahat ke senai.

tolong la bagi gua tugasan mengangkut peti ais lu lagi. please...



peti ais kecil yang paling gua suka nak angkut.
(gambar contoh gua rembat kat gugel)



Tuesday, May 10, 2011

amoi

tiba-tiba tempoh hari, gua diperkenalkan kepada Taib AUR oleh Pert. balik-balik Pert. tiba-tiba juga brader Taib jemput gua jual artwork MS Paint gua yang tak seberapa kat booth dia masa JOHO Carboot Sale event. sekelip mata, tiba-tiba gua pun sekali dengan Pert jual artwork. benda yang gua tak pernah bayangkan. semua ni jasa Pert. Pert, Pert, Pert. patut la Tyrah tuduh gua gay sama Pert. macam gampang Tyrah!

"yang ni berapa?" kata seorang amoi cantik sambil menuding ke arah gambar Edward the Scissors Hand. sambil menghisap aiskrim malaysia. comel!

"aaa 600 je!" jawab gua. bergurau.

"oo.. okay, thank you!" balas amoi tu sambil angkat tangan.

"tak laa.. 5 ringg.. " tak jadi gua habiskan ayat bila gua perasan amoi dah berlalu pergi.

padah bergurau.



nyaris terjual

Tuesday, May 3, 2011

Girlfren Baru

Setiap kali Pert (Pert lagi!!!) upload lukisan-lukisan MS Paint dia kat facebook, secara tiba-tiba, darah muda aku menggelegak, nafsu aku membuak-buak. Rasa tercabar dengan kehebatan Pert. Namun, aku akur, aku tak sehebat Pert. Akibat tercabar, aku juga berniat nak menceburi kegiatan melukis menggunakan MS Paint. Tapi, saka aku belum bangkit lagi dari lena yang panjang. Aku tunggu-tunggu juga dia bangun, tapi hampa.

Semalam aku tidur awal, jadi, lepas Subuh terus segar. Ajak Pert (Pertttt laaggiiiii!!!) sarapan kat 25 jam traffic light. Kali ni tak ada berbual pasal akidah. Berbual pasal apa ntah aku pun lupa. Roti telur dengan teh tarik jadi santapan.

Sebelum keluar rumah aku lupa gosok gigi. Jenis masa lepas bangun pagi, berwuduk untuk solat Subuh punyalah mengantuk sampai malas nak gosok gigi sekali. Nasib baik tak malas istinjak lepas kencing. Oleh sebab itu, aku cuci mulut dengan rokok tiga, empat batang masa kat rumah dan sebelum keluar, campur dengan sebelum sarapan jadi lima, enam batang. Lepas sarapan lagi dua batang, jadi la tujuh, lapan batang. Peh, risau, risau. Che Guevara pun aku ingat tak boleh lawan.

Balik dari sarapan, berak. Tengah berak datang niat nak lukis kat MS Paint. Tak boleh jadi, aku mesti seru saka aku! Lepas istinjak, aku bergegas ke laptop aku yang dah sedia on, panggil lebai Gugel cari imej Bjork. Ya, subjek untuk cubaan pertama aku selepas 12 tahun, aku pilih Bjork. 12 tahun lepas aku lukis kartun Tarzan yang ada alih bahasa Melayu siap dengan lagu Zainal Abidin. Masa tu memang top cerita tu. Tu cerita 12 tahun lepas.

Start jam 8.39 pagi, aku duduk menghadap MS Paint. Tak bangun-bangun. Serius, tak bangun. Atau, aku tak ingat aku ada bangun. Tapi aku rasa tak bangun kot? Ah pegi mampus lah. Jam 12.39 tengah hari baru aku siap meniru gambar Bjork untuk dijadikan subjek lukisan MS Paint untuk kali yang kesatu.

Saka melukis aku berjaya diaktifkan hari ini.

Jadi, inilah dia Bjork, girlfren baru saya:


Björk Guðmundsdóttir,
born 21 November 1965


p/s: lepas lukisan ni siap 4 jam kemudian, rasa macam nak inzal. lama sial 4 jam!

p/s/s: MS Paint gua jenis tahun 2003 punya. lama babi! kuno, kuno.

update:

p/s/s/s: gua baru perasan tarikh 21 november!

Monday, May 2, 2011

bertemu tuhan

Pada masa dahulu dihikayatkan kisah seorang hamba Allah yang kuat beramal ibadah serta tinggi ilmunya. Hamba Allah ini mempunyai seorang anak murid yang setia berguru dengannya. Suatu hari, anak muridnya bertanya,

"Tuan guru, aku perhatikan tuan guru ini sangat rajin bersolat. Tidakkah tuan guru terfikir, bagaimana sekiranya solat tuan guru setiap hari selama hayat tuan guru ini tidak diterima Allah? Dan bagaimana jika tuan guru dimasukkan ke dalam neraka Jahannam, bukannya syurga Firdaus?"

Dengan tenang, tuan guru tersebut menjawab,

"Sesungguhnya, aku bersolat pagi, petang, siang dan malam kerana betapa cintanya aku kepada Allah. Aku tidak pernah meminta untuk dimasukkan ke syurga Firdaus kerana solat-solatku. Sesungguhnya aku terlalu ingin berjumpa dengan Allah penciptaku. Andainya Allah mahu mencampakkan aku ke dalam neraka Jahannam, sudah teramat bertuah bagiku sekiranya tuhanku sudi bertemu dengan hamba-Nya yang hina ini."

Cintakah kita kepada Allah seperti cintanya hamba ini kepada tuhannya? Kerana apa kita bersolat? Adakah kerana cinta kita kepada Allah? Atau kerana ganjaran? Atau hanya kerana untuk melengkapkan rukun Islam? Atau kerana terpaksa?

Takutkah kita kepada Allah? Atau kita hanya takutkan api neraka?


....



Kisah di atas diceritakan Pert kepada aku sebelum bermulanya perlawanan Chelsea menentang Spurs tempoh hari.

Sunday, May 1, 2011

tampan

"Peh power sial Gomez tampan bola tu," ujar Pert dalam bahasa bola.

Gua pun berdekah sebab dah lama tak dengar perkataan 'tampan bola'. Bila fikir balik, perkataan 'tampan' yang digunakan untuk goalkeeper menepis/menampar bola itu tak boleh digunakan ke ayat lain selain ayat bola.

Isu ini telah gua timbulkan seperti mana yang dihikayatkan oleh Pert dalam blognya Otak dan Jantung.

Okey kita pergi ke isu 'tampan' yang diutarakan di blog Pert.

"Jangan sampai aku tampan muka kau!" cadangan ayat yang menggunakan perkataan 'tampan'.

tapi tidak terfikirkah anda, dalam bahasa Melayu pasar, maksudnya adalah begini;

"Jangan sampai aku hensem muka kau!"

Atau nak lagi seronok, kita buang perkataan 'muka kau', jadi begini;

"Kau jangan buat perangai babi! Aku tampan kang!" ayat cadangan.

maksudnya;

"Kau jangan buat perangai babi! Aku hensem kang!"

Wtf?