Tuesday, January 3, 2012

UPSI dan perjuangan 1

Assalamualaikum dan shalom 1Israel.

semalam ada satu sahabat suruh aku tulis pasal UPSI iaitu pandangan aku pasal isu-isu mahasiswa UPSI. aku sebenarnya tak tau apa-apa pun pasal isu budak-budak UPSI ni selain kes Adam Adli (betul ke aku petik nama ni? malas nak double check).

sesungguhnya hamba Allah yang kerdil ini agak sibuk dengan tuntutan-tuntutan sistem akademik yang semestinya bakal menjerumus ke arah memenuhi ketamakan kapitalis. itu pun kalau diijinkan tuhan lah. jadi, untuk mengambil port tentang isu-isu yang tak mungkin akan memberi kesenangan kepada kerja-kerja aku itu adalah satu tindakan kurang bijak.

jadi, aku malas nak mengulas pasal isu itu sebab aku malas nak baca. tapi, ada sikit yang aku tau pasal UPSI berdasarkan satu buku yang aku sedang baca. kebetulan pulak terselit sikit. jadi aku tulis sikit sini.

ok lah, tajuk yang pertama: Belia Malaya

pada masa dahulu, sekitar tahun 1930-an, UPSI masih dikenali sebagai SITC (Sultan Idris Teaching School). pada waktu ini, terbentuknya satu organisasi yang mengikut model Pemuda Sumatera dan Pemuda Jawa di Indonesia. organisasi ini; Belia Malaya dipimpin oleh antaranya Ibrahim Yaacob dan Hasan Manan. nama lain malas pulak aku nak menyebutnya. cukuplah dua tu. Mungkin akibat takde teknologi media percuma contohnya fesbuk dan youtube macam sekarang, ideologi organisasi ini cuma terbatas dalam maktab saja. akhirnya bila budak budak maktab ni habis belajar, Belia Malaya pun terkubur begitu saja sebab semua ahli dan pemimpinnya masing-masing menjadi cikgu yang mengajar kat sekolah kampung dan bersepah sepah seluruh Malaya.


ok lah, aku nak pergi mengeteh dulu. nanti nanti aku sambung.

shalom.