Cermin diturunkan, lalu kelihatan pemandunya seorang pemuda biasa-biasa yang tiada apa sangat kelebihannya berbanding Bakhtiar. Miskin pula tu. Bakhtiar tahu ini kerana lelaki itu adalah sahabat karibnya bernama Benjamin. Jadi, dia naik hairan bagaimana Benjamin boleh memiliki kereta begini mahal?
"Woi nak ke mana?! Meh la aku tumpangkan ko!" jerit Benjamin dari dalam kereta.
Dalam bingung dan masih terkejut, Bakhtiar masuk ke dalam kereta.
"Kereta sapa ni Benjy?" soal Bakhtiar.
Benjamin tidak segera menjawab. Dia menambah kelajuan kereta sambil mulutnya kumat-kamit membaca doa naik kenderaan yang dia lupa baca sebelumnya.
"Woi Benjy! Kereta sapa ni? Ko curi ke?" Bakhtiar yang terkenal dengan sikap gelojohnya itu mendesak Benjamin lagi.
Sambil memecut laju, Benjamin mengerling ke arah Bakhtiar lalu menjawab, "tuhan punya."
"Apa dia??" soal Bakhtiar lagi kebingungan.
"Tuhan punya kereta!!" kali ini tegas jawapan Benjamin.
"Apa pasal pulak??" hairan Bakhtiar belum reda.
Benjamin pandang Bakhtiar, lalu ditekan butang "play" pada pemain CD.
"Tiada yang engkau punya~
Semuanya Allah punya~
Tiada yang engkau punya~
Semuanya Allah punya~"
Kedengaran suara Iwan melenggok-liuk menyanyi di corong speaker.
Dalam keadaan kereta sedang dipandu laju oleh Benjamin, Bakhtiar membuka pintu lalu terjun ke jalan raya sambil menangis.