Monday, May 30, 2011

hipokrisi

aku mula belajar puasa sejak tadika. jadi, bila dah masuk darjah tiga, boleh nak kata aku dah banyak pengalaman la dalam kegiatan berpuasa di bulan ramadan.

satu tengah hari bulan puasa, aku balik dari sekolah menapak menuju ke pondok basikal. basikal aku tak parking dalam sekolah, sebab mak aku tak bagi aku bawak basikal seberang jalan raya. jadi, aku parking kat pondok parking basikal kat seberang jalan raya area-area dekat dengan jambatan kampung aku. pandai-pandai la kau imagine kat mana lokasi dia.

sedang berjalan kaki menyeberang jambatan, aku terserempak seorang pakcik pertengahan umur.

"puasa tak hari ni yob?" tegur pak cik itu.

"puasa, wak," jawab aku sopan santun.

"bagus.. bagus.. kecik-kecik dah pandai puasa. tak macam anak wak tu, dah masuk darjah tiga pun tak reti nak puasa lagi," keluh pak cik itu merujuk kepada anak dia yang sebaya aku. satu kelas pulak lagi.

"penuh tak puasa? ada ponteng tak?" tanya pak cik itu lagi dengan perasaan ingin tahu yang tebal. mungkin mengharap aku tak puasa penuh, supaya tak jauh sangat level dengan anaknya yang tak puasa langsung.

"setakat ni penuh, wak," jawab aku lagi konfiden.

"bagus betul anak cikgu jaini ni!" pujinya lagi sambil usap-usap kepala aku. aku hanya tersengih. tak berapa suka sangat dipuji sebenarnya aku ni.

aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. memikirkan petangnya nak ke sekolah agama, aku mesti memikirkan strategi yang terbaik untuk berehat secukupnya dan menjimatkan tenaga.

....

pukul 1.30 petang. aku bersiap-siap ke sekolah agama yang akan bermula jam 2 petang.

hari itu panas terik. mak dan bapak aku belum pulang dari sekolah.

"peh, bulan-bulan puasa ni air kosong pun jadi sedap gila," kata aku kepada diri sendiri selepas meneguk separuh botol besar air masak.

dan aku mengatur langkah menuju ke sekolah agama, menimba ilmu akhirat untuk bekalan dan panduan di hari tua.

dengan penuh bertenaga.

Thursday, May 26, 2011

jatuh

zaman aku sekolah menengah dulu, untuk subjek bahasa inggeris, setiap pelajar dari tingkatan satu hingga lima diwajibkan tulis jurnal. jurnal tu mestilah ditulis dalam bahasa inggeris bukan bahasa iceland.

isi kandungan jurnal adalah bebas. untuk jurnal aku, aku tak ingat tulis pasal apa sepanjang lima tahun aku sekolah menengah. tapi yang paling aku ingat, aku tulis pasal che guevara dengan adolf hitler. biasalah, baru nak naik. ada sekali aku tulis pasal muzik kegemaran aku. seingat aku, dalam tahun 2002. ada aku tulis kat situ aku suka indie music. maksud aku indie masa tu adalah independent music. jenis muzik-muzik dari band yang tak bernaung bawah mana-mana label dan bergerak dengan kudrat sendiri. salah satu contoh aku bagi masa tu bloody mary. punyalah semangat aku tulis, sekali cikgu english aku boleh potong perkataan indie, dia tukar jadi 'hindi'. apa jadah bloody mary main lagu hindi?

tapi sebenarnya, aku suka curi-curi baca jurnal budak lain, lagi-lagi budak yang power english. ada satu entri jurnal sorang budak perempuan tu dia tulis pasal sifat dan tabii setiap budak kelas. bukan main semangat aku baca, dengan harapan budak tu puji lebih-lebih sifat dan tabii aku.

"ayob is our class representative. he is a good-looking boy. he is a good leader, but seldom serious."

macam tak percaya aku pernah jadi ketua tingkatan. dengan kondisi aku yang terumbang-ambing dan tak tentu hala sekarang, memang susah nak percaya aku pernah jadi leader dulu. leader yang jarang serius. sebab tu ada budak kelas tak respek aku, siap tendang telur aku lepas aku bagi arahan. nasib baik tak sempat bertumbuk budak-budak lain tahan.

bila aku cerita dengan kawan-kawan aku,

"aku darjah enam dulu jadi ketua pengawas,"

kawan-kawan aku akan balas,

"kah kah kah kah kah kah kah kah!!!"


kurang ajar.


p/s: mula-mula aku nak cerita pasal jurnal.

p/s/s: aku jatuh buat masa ni. aku harap 'kau' sabar tunggu aku bangun semula.

The Modfather

setelah aku belek gambar-gambar lama pakcik aku, Paul Weller, baru aku sedar, dia masa muda-muda iras-iras aku rupanya.


Paul Weller masa muda



aku, tahun lepas

Saturday, May 21, 2011

Leon Agusta Part 2 : Solomon

Suatu hari, bapa Leon, Rosli, bercerita tentang perihal asal-usul keturunannya;

Sulaiman, bapa Rosli adalah anak kepada seorang bekas ejen CIA berdarah Yahudi. Sulaiman, atau nama sebenarnya Solomon, adalah anak tunggal hasil perkahwinan Zechariah Shalhevet dengan wanita berketurunan Rusia, Adrianna Nikolai.

Zechariah asalnya adalah penganut agama Judaism. Beliau dilatih menjadi ejen CIA seawal umur 18 tahun. Sepanjang berkhidmat sebagai ejen CIA, beratus-ratus misi mustahil telah beliau selesaikan. Kebanyakannya secara lone ranger. Semasa umurnya baru mececah 34 tahun, beliau telah pun digelar a living legend oleh ejen-ejen sejawatnya.

Sehinggalah pada satu musim sejuk, beliau telah ditugaskan menjalankan misi di Rusia. Di situlah satu tragedi berdarah telah menimpa Zechariah.

Di Rusia, beliau ditugaskan menjadi double agent untuk pasukan perisik Rusia, FSB atau Federal Security Service of Russian Federation. Semasa bertugas di Rusia inilah beliau telah dilamun cinta dengan Adrianna Nikolai, gadis penjual roti yang beragama Islam.

Dipendekkan cerita, Zechariah mengahwini Adrianna dan memeluk Islam. Perkahwinan dan pengislaman Zechariah itu dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan pihak CIA. Namun demikian, kegiatan Zechariah akhirnya terbongkar dan beliau telah dibunuh oleh pihak CIA kerana memeluk Islam. Ketika itu Adrianna sedang mengandung tiga bulan.

Adrianna terselamat dari buruan pihak CIA dan berjaya melepaskan diri dengan melarikan diri ke England bersama-sama anak dalam kandungannya. Di England, beliau menyertai satu pertubuhan Islam dan diambil sebagai keluarga angkat oleh sepasang peniaga runcit berketurunan Pakistan dan menetap di Newham di timur London. Beliau kemudiannya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Solomon, iaitu Sulaiman, ayah kepada Rosli dan datuk kepada Leon Agusta.

Diiktiraf sebagai penduduk tetap, Solomon mengambil keputusan menyertai akademi bola sepak disebabkan minatnya yang mendalam terhadap sukan tersebut. Beliau diterima masuk menyertai akademi bola sepak West Ham United F.C semasa berumur 12 tahun. Di akademi itulah Solomon berkenalan dengan Bobby Moore yang ketika itu berumur 15 tahun. Mereka bersahabat baik walaupun berlainan bangsa dan agama.

Tiga tahun kemudian, Bobby Moore telah disenaraikan dalam pasukan utama sebagai menggantikan Malcolm Allison yang menderita penyakit tuberculosis. Perlawanan pertama beliau adalah menentang Manchester United. Walaupun Bobby telah diiktiraf sebagai pemain utama, beliau tidak langsung melupakan sahabatnya Solomon yang masih terkapai-kapai dalam pasukan simpanan, mencari hala tuju masa depannya dengan The Hammers. Seringkali Bobby menemani Solomon menjalankan latihan tambahan setiap kali tamat sesi latihan.

Dalam satu perlawanan menentang seteru utama, Milwall, satu kejadian malang telah menimpa Solomon yang ketika itu menjadi penonton perlawanan yang berlangsung di tempat lawan iaitu The Den. Beliau telah diserang oleh sekumpulan penyokong Milwall yang menggelar diri mereka Bushwackers. Kaki kiri Solomon cedera parah dan beliau tidak dapat bermain bola sepak dengan baik lagi selepas itu. Putus asa dengan masa depannya dengan The Hammers, Solomon mengambil keputusan berhenti dari akademi pada umur 18 tahun.

Beberapa bulan kemudian, keluarga angkat Solomon yang berketurunan Pakistan itu mengajak beliau dan ibunya berhijrah ke timur jauh untuk mencuba nasib mencari rezeki di sana. Hal ini kerana mereka sering diganggu dan menjadi mangsa racisme sekumpulan penduduk tempatan yang rata-rata terdiri daripada kumpulan remaja yang berkepala botak, memakai braces, jeans sendat dan senteng serta berkasut but Dr. Martens. Kemuncak gangguan tersebut adalah apabila kedai runcit mereka diconteng dengan semburan cat merah berbunyi;

"GO FUCK YOURSELF YOU FUCKING PAKI! GET THE FUCK OUT OF HERE! WE'LL FUCKING KILL YOUR WHOLE FUCKING FAMILY IF YOU DON'T FUCKING GO, YOU FUCKING STINKY BASTARDS! BLOODY FUCKING CUNT!! PAKI BASTARDS!!! FUCKKKK OFFF!!!"

Risau kejadian lebih buruk berlaku, mereka mengambil keputusan pergi dari situ dan berhijrah ke Tanah Melayu.

Lalu berhijrahlah Solomon dan keluarga angkatnya ke Tanah Melayu mengadu nasib memulakan hidup baru. Bobby Moore menghadiahkan jersi West Ham United bernombor 6 sebagai kenang-kenangan dan sebagai tanda persahabatan.

Di Tanah Melayu, Solomon menggunakan nama Sulaiman bin Zakaria memulakan hidup baru sebagai guru Bahasa Inggeris. Beliau akhirnya bertemu jodoh dengan gadis tempatan bernama Siti Zulaikha binti Kamarul Zaman dan dikurniakan empat orang anak iaitu, Abdul Razak, Ibrahim, Nur Sakinah dan Rosli.

....

"Hah macam tu lah ceritanya macam mana atuk kau dapat jersi nombor 6 Bobby Moore ni. Sebab tu la atuk kau punya semangat West Ham United kuat gila sampai bawak ke bapak! Dia bersahabat dengan legend tu. Legend!" penuh bersemangat Rosli bercerita sambil mengalih pandangan pada jersi Bobby Moore yang dibingkaikan dan digantung pada dinding.

"I'm forever blowing bubbles...! Pretty bubbles in the air...! They fly so high nearly rea..." tak sempat Rosli habiskan rangkap lagu itu, tiba-tiba ibu Leon mencelah,

"Dah nak pukul lapan ni bang. Dah nak habis Maghrib dah ni. Dah la belum mandi junub lagi. Haih nak lempang kang takut derhaka pada suami pulak," Sutinah jadi orang memang jenis sound tegak. Dengan laki dia sendiri pun dia sound tegak. Nanti time hari raya baru menggelabah nangis-nangis minta ampun.

"Leon! Kau nak tidur sampai bila?!! Pegi mandi! Solat!" jerkah Sutinah pada Leon pula mengakibatkan Leon bangun secara serta-merta dalam keadaan terkejut.


Bersambung..

Friday, May 20, 2011

Leon Agusta

"Pehh.. Power!" jerit Leon Agusta seorang diri sambil menonton video arwah Mokhtar Dahari beraksi menentang Arsenal dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1975.

"Pehhhhh! Power gila siot!!" jeritnya lagi. Kagum.

"Goooolllll!!" macam kena sawan Leon Agusta menjerit tatkala arwah menjaringkan gol kedua beliau. Serentak dengan itu, Leon tak dapat menahan air mata jantannya mengalir ke pipi akibat sawan menonton aksi arwah Mokhtar menjaringkan gol.

"Pap!!" tiba-tiba.

"Jerit apa lagi tengah-tengah malam?! Pergi gosok gigi, ambik wuduk, lepas tu tidur! Esok ada periksa sekolah agama!!" jerkah ibu Leon setelah bagi sedas penampar ke muka Leon.

"Okey," jawab Leon lemah sambil mengesat air mata yang mengalir semakin laju akibat kesakitan.

Leon Agusta bin Rosli. Sampai sekarang ibunya bengang dengan ayah Leon, Rosli bin Sulaiman, sebab mendaftar nama yang bukan-bukan pada sijil kelahiran Leon. Puas Rosli terangkan kepada ibu Leon, Sutinah binti Zulkapar, bahawa Leon Agusta adalah nama seorang tokoh sastera Indonesia. Tapi Sutinah buat tak endah.

Leon Agusta, berumur sepuluh tahun, bercita-cita menjadi penyerang West Ham United.

bersambung..

Monday, May 16, 2011

peti ais kecil

sepanjang hayat gua selama 24 tahun hidup di bumi tuhan ini, gua tak pernah langsung membayangkan bahawa mengangkut peti ais dari batu pahat ke senai rasanya sangat seronok. seronok sangat. bagaikan mengangkut peti ais dari batu pahat ke senai.

tolong la bagi gua tugasan mengangkut peti ais lu lagi. please...



peti ais kecil yang paling gua suka nak angkut.
(gambar contoh gua rembat kat gugel)



Tuesday, May 10, 2011

amoi

tiba-tiba tempoh hari, gua diperkenalkan kepada Taib AUR oleh Pert. balik-balik Pert. tiba-tiba juga brader Taib jemput gua jual artwork MS Paint gua yang tak seberapa kat booth dia masa JOHO Carboot Sale event. sekelip mata, tiba-tiba gua pun sekali dengan Pert jual artwork. benda yang gua tak pernah bayangkan. semua ni jasa Pert. Pert, Pert, Pert. patut la Tyrah tuduh gua gay sama Pert. macam gampang Tyrah!

"yang ni berapa?" kata seorang amoi cantik sambil menuding ke arah gambar Edward the Scissors Hand. sambil menghisap aiskrim malaysia. comel!

"aaa 600 je!" jawab gua. bergurau.

"oo.. okay, thank you!" balas amoi tu sambil angkat tangan.

"tak laa.. 5 ringg.. " tak jadi gua habiskan ayat bila gua perasan amoi dah berlalu pergi.

padah bergurau.



nyaris terjual

Tuesday, May 3, 2011

Girlfren Baru

Setiap kali Pert (Pert lagi!!!) upload lukisan-lukisan MS Paint dia kat facebook, secara tiba-tiba, darah muda aku menggelegak, nafsu aku membuak-buak. Rasa tercabar dengan kehebatan Pert. Namun, aku akur, aku tak sehebat Pert. Akibat tercabar, aku juga berniat nak menceburi kegiatan melukis menggunakan MS Paint. Tapi, saka aku belum bangkit lagi dari lena yang panjang. Aku tunggu-tunggu juga dia bangun, tapi hampa.

Semalam aku tidur awal, jadi, lepas Subuh terus segar. Ajak Pert (Pertttt laaggiiiii!!!) sarapan kat 25 jam traffic light. Kali ni tak ada berbual pasal akidah. Berbual pasal apa ntah aku pun lupa. Roti telur dengan teh tarik jadi santapan.

Sebelum keluar rumah aku lupa gosok gigi. Jenis masa lepas bangun pagi, berwuduk untuk solat Subuh punyalah mengantuk sampai malas nak gosok gigi sekali. Nasib baik tak malas istinjak lepas kencing. Oleh sebab itu, aku cuci mulut dengan rokok tiga, empat batang masa kat rumah dan sebelum keluar, campur dengan sebelum sarapan jadi lima, enam batang. Lepas sarapan lagi dua batang, jadi la tujuh, lapan batang. Peh, risau, risau. Che Guevara pun aku ingat tak boleh lawan.

Balik dari sarapan, berak. Tengah berak datang niat nak lukis kat MS Paint. Tak boleh jadi, aku mesti seru saka aku! Lepas istinjak, aku bergegas ke laptop aku yang dah sedia on, panggil lebai Gugel cari imej Bjork. Ya, subjek untuk cubaan pertama aku selepas 12 tahun, aku pilih Bjork. 12 tahun lepas aku lukis kartun Tarzan yang ada alih bahasa Melayu siap dengan lagu Zainal Abidin. Masa tu memang top cerita tu. Tu cerita 12 tahun lepas.

Start jam 8.39 pagi, aku duduk menghadap MS Paint. Tak bangun-bangun. Serius, tak bangun. Atau, aku tak ingat aku ada bangun. Tapi aku rasa tak bangun kot? Ah pegi mampus lah. Jam 12.39 tengah hari baru aku siap meniru gambar Bjork untuk dijadikan subjek lukisan MS Paint untuk kali yang kesatu.

Saka melukis aku berjaya diaktifkan hari ini.

Jadi, inilah dia Bjork, girlfren baru saya:


Björk Guðmundsdóttir,
born 21 November 1965


p/s: lepas lukisan ni siap 4 jam kemudian, rasa macam nak inzal. lama sial 4 jam!

p/s/s: MS Paint gua jenis tahun 2003 punya. lama babi! kuno, kuno.

update:

p/s/s/s: gua baru perasan tarikh 21 november!

Monday, May 2, 2011

bertemu tuhan

Pada masa dahulu dihikayatkan kisah seorang hamba Allah yang kuat beramal ibadah serta tinggi ilmunya. Hamba Allah ini mempunyai seorang anak murid yang setia berguru dengannya. Suatu hari, anak muridnya bertanya,

"Tuan guru, aku perhatikan tuan guru ini sangat rajin bersolat. Tidakkah tuan guru terfikir, bagaimana sekiranya solat tuan guru setiap hari selama hayat tuan guru ini tidak diterima Allah? Dan bagaimana jika tuan guru dimasukkan ke dalam neraka Jahannam, bukannya syurga Firdaus?"

Dengan tenang, tuan guru tersebut menjawab,

"Sesungguhnya, aku bersolat pagi, petang, siang dan malam kerana betapa cintanya aku kepada Allah. Aku tidak pernah meminta untuk dimasukkan ke syurga Firdaus kerana solat-solatku. Sesungguhnya aku terlalu ingin berjumpa dengan Allah penciptaku. Andainya Allah mahu mencampakkan aku ke dalam neraka Jahannam, sudah teramat bertuah bagiku sekiranya tuhanku sudi bertemu dengan hamba-Nya yang hina ini."

Cintakah kita kepada Allah seperti cintanya hamba ini kepada tuhannya? Kerana apa kita bersolat? Adakah kerana cinta kita kepada Allah? Atau kerana ganjaran? Atau hanya kerana untuk melengkapkan rukun Islam? Atau kerana terpaksa?

Takutkah kita kepada Allah? Atau kita hanya takutkan api neraka?


....



Kisah di atas diceritakan Pert kepada aku sebelum bermulanya perlawanan Chelsea menentang Spurs tempoh hari.

Sunday, May 1, 2011

tampan

"Peh power sial Gomez tampan bola tu," ujar Pert dalam bahasa bola.

Gua pun berdekah sebab dah lama tak dengar perkataan 'tampan bola'. Bila fikir balik, perkataan 'tampan' yang digunakan untuk goalkeeper menepis/menampar bola itu tak boleh digunakan ke ayat lain selain ayat bola.

Isu ini telah gua timbulkan seperti mana yang dihikayatkan oleh Pert dalam blognya Otak dan Jantung.

Okey kita pergi ke isu 'tampan' yang diutarakan di blog Pert.

"Jangan sampai aku tampan muka kau!" cadangan ayat yang menggunakan perkataan 'tampan'.

tapi tidak terfikirkah anda, dalam bahasa Melayu pasar, maksudnya adalah begini;

"Jangan sampai aku hensem muka kau!"

Atau nak lagi seronok, kita buang perkataan 'muka kau', jadi begini;

"Kau jangan buat perangai babi! Aku tampan kang!" ayat cadangan.

maksudnya;

"Kau jangan buat perangai babi! Aku hensem kang!"

Wtf?